AMDI Story

PROGRAM AMALAN BAIK PPKI SKHA: UPCYCLE MINYAK TERPAKAI RAIH MINAT DAN POTENSI KANAK-KANAK ISTIMEWA TERUTAMANYA DALAM BIDANG SAINS

Published : 03 October 2024

PROGRAM AMALAN BAIK PPKI SKHA
SEKOLAH KEBANGSAAN HASHIM AWANG (SKHA) , October 3 2024 -

KEPALA BATAS, PULAU PINANG, 3 Oktober 2024 – Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Hashim Awang (SKHA) telah menganjurkan Program Amalan Baik PPKI SKHA: Upcycle Minyak Terpakai untuk pelajar tahap 2 yang berusia dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun.

Photo By NORIZAN ISHAK
PROGRAM AMALAN BAIK PPKI SKHA


Bersempena dengan Program Amalan Baik PPKI SKHA, program yang berlangsung di Dewan Harmoni, SK Hashim Awang ini diadakan selama 2 jam iaitu bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Minyak masak terpakai dari kantin sekolah diolah menjadi sabun lantai dan dijual semula kepada kantin pada harga jimat dan juga pada pasaran luar dengan harga pasaran atau lebih murah.
Matlamat utama program ini adalah bertujuan untuk memberi galakkan penglibatan kanak-kanak istimewa daripada PPKI Daerah Seberang Prai Utara dengan amalan kitar semula di samping meningkatkan kesedaran kanak-kanak istimewa akan kepentingan amalan kitar semula minyak masak terpakai serta memberi pendedahan aktiviti inovasi kepada mereka.

Photo By NORIZAN ISHAK
PROGRAM AMALAN BAIK PPKI SKHA


Program 2 jam ini dimulakan dengan sesi demo dan praktikal membuat sabun yang diketuai oleh Dr. Rabeta Mohd Salleh selaku Pakar dan Pensyarah jemputan  dari Jabatan Kesihatan Komuniti, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) serta turut dibantu oleh Encik Norhiman Ahmad sebagai Penolong Pegawai Sains, IPPT. Acara diteruskan lagi dengan sesi demo dan praktikal membuat lilin aromaterapi yang turut dikendalikan oleh Pengerusi Program serta dibantu oleh Pegawai Sains dan Penolong Pegawai Sains iaitu Puan Syazwani Ismail dan Puan Halianis Yusoff.

Photo By NORIZAN ISHAK
PROGRAM AMALAN BAIK PPKI SKHA


Melalui Program Amalan Baik PPKI SKHA: Upcycle Minyak Terpakai ini secara tidak langsung berjaya meraih minat kanak-kanak istimewa di samping mengasah bakat dan potensi mereka terutamanya dalam bidang STEM.

Teks:  Nur Aqilah Binti Tajul Ashikin
Disunting oleh: Dr. Rabeta Mohd Salleh
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
3 Oktober 2024


SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
SDG 11 - Make cities and human settlements inclusive, safe, resilient and sustainable
SDG 12 - Ensure sustainable consumption and production patterns
Scroll to Top