Achievement

USMFIT Rencana Lebih Banyak Aktiviti Pada 2022

Published : 23 February 2022

Profesor Madya Dr. Norehan Binti Mokhtar
BERTAM, February 23 2022 -
Program #USMFIT masih kekal aktif dengan pelbagai program dijalankan sepanjang tahun 2021 lalu, walaupun negara masih berada di fasa pandemik Covid-19 yang juga melanda di peringkat global masa kini.

Program #USMFIT ini  dinaungi Naib Canselor YBrs. Prof. Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dan Prof. Dr. Md. Roslan Hashim, Timbalan Naib Canselor, Bahagian Kelestarian dan Pembangunan Institusi sebagai Penasihat.
 
Jawatankuasa Program ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Norehan Mokhtar dan Prof. Madya Dr. Ahmad Munir Che Muhamed sebagai Timbalan Pengerusi. Ahli jawatankuasa Program #USMFIT pula terdiri daripada gabungan staf USM Kampus Induk, Kampus Kesihatan dan IPPT.

Menurut Norehan, selaku pengerusi #USMFIT sepanjang tahun 2021, lebih kurang 14 program telah berjaya dijalankan di bawah beliau dan tambahan program di antaranya adalah 130K Steps Sustainability Challenge, RCE Penang Virtual Fun Run, World Radiography Day 2021, Virtual 120K Steps Challenge dan bermacam lagi program yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai PTJ bagi menjayakan program 'virtual challenge' ini.

Selain itu, program ini bertujuan untuk membantu staf USM meningkatkan kesihatan dan mengekalkan  kesejahteraan di tahap optimum bagi mengurangkan tekanan di tempat kerja mahupun di rumah dan sekaligus dapat memantau tahap kesihatan serta aktiviti fizikal staf.

Dalam laporan tahunan #USMFIT ini juga, mereka mensasarkan kepada golongan staf dan pelajar USM serta orang awam, dengan program sebegini bertujuan memberi motivasi kepada semua golongan tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan dan matlamat dapat dicapai dengan membudayakan gaya hidup lebih sihat.

Kelancaran dalam setiap program yang dijalankan sewaktu pandemik juga mendapat tempat dan sambutan dari warga USM, dengan menggunakan aplikasi khas #USMFITActiv yang disediakan amat membantu dan memudahkan peserta.

Lebih menarik, melalui aplikasi yang disediakan di bawah program #USMFITActiv, pengguna aktif juga boleh mendapatkan perkhidmatan bimbingan diet dari pakar-pakar nutrisi seperti kiraan kalori, diari pemakanan harian dan ini dipantau oleh pakar sepanjang tempoh program ini berjalan.

Program yang berjalan dari bulan Januari sehingga Februari ini turut mendapat kerjasama Penerbit USM, sempena sambutan ke-50 tahun Penerbit USM iaitu program 50K Langkah Kempen Malaysia Negara Membaca, dengan tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memupuk budaya hidup sihat dengan meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan memperkasa penjagaan kesihatan kendiri untuk pencegahan penyakit. 

Teks: Mahirah Mahyidin
Scroll to Top