Sesi Pendahuluan Ceramah
BILIK MESYUARAT UTAMA,PPUSMB, September 13 2023 -
Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) IPPT Pejabat Pengarah dengan kerjasama Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (UKKPU) USM telah menganjurkan satu Ceramah Kesedaran Bekerja Tempat Tinggi di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), PPUSMB. Penceramah jemputan adalah daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Pulau Pinang iaitu Encik Muhammad Hafiz Kamis.



Seramai 23 orang peserta yang hadir terdiri daripada penyelia projek dari  Seksyen Kejuruteraan, Seksyen IT@AMDI, Seksyen Keselamatan dan USAINS HEALTHCARE Sdn.Bhd. Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan hazad dan risiko bekerja di tempat tinggi termasuk kehendak perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) kepada semua penyelia projek. Kerja-kerja yang dilakukan di tempat tinggi adalah berisiko tinggi dan boleh mengakibatkan kecederaan kekal atau kematian.



Diharapkan agar kesemua peserta yang hadir akan memanfaatkan setiap ilmu yang diperoleh melalui sesi ceramah ini dan mengaplikasikannya dalam urusan pekerjaan harian pada masa akan datang.

Sekali lagi, Unit OSHE IPPT dan UKKPU mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir atas kerjasama yang diberikan.


TEKS OLEH
NORHIMAN AHMAD, MAISARAH NASUTION WARAS

SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top