AMDI Story

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PENASIHAT AKADEMIK DAN BENGKEL LATIHAN SISTEM PENILAIAN DAN PEMANTAUAN PELAJAR SISWAZAH (GrAMS) PERINGKAT IPPT

Published : 10 October 2024

GrAMS 2024
AUDITORIUM SAINS@BERTAM, October 10 2024 -

BERTAM, PULAU PINANG, 10 Oktober 2024 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dengan kerjasama Bahagian Akademik dan Antarabangsa IPPT, Jawatankuasa Pembangunan Pelajar (JKPePp) IPPT dan Unit Aplikasi, Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) IPPT hari ini telah menganjurkan Majlis Penyerahan Watikah Penasihat Akademik dan Pelancaran dan Bengkel Latihan Sistem Pemantauan Pelajar Siswazah IPPT (GrAMS) kepada para pensyarah di IPPT.

Photo By NORIZAN ISHAK
GrAMS 2024


Majlis yang berlangsung di Auditorium, Sains@Bertam ini disertai lebih dari 30 orang pensyarah. Sistem GrAMS yang dibangunkan di IPPT ini merupakan satu sistem pemantauan pelajar yang bertujuan untuk memantau kemajuan pelajar penyelidikan di IPT. Sistem ini membolehkan masalah atau kesulitan lazim yang dihadapi oleh pelajar dan pensyarah dapat dikenalpasti sepanjang tempoh pengajian sekaligus dapat memberikan kemudahan dan sokongan serta bantuan yang diperlukan mereka.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Ida Shazrina Ismail selaku Timbalan Pengarah (Akademik & Antarabangsa) IPPT dan seterusnya membuat penyerahan watikah penasihat akademik kepada setiap ketua jabatan. Kemuncak kepada GrAMS ini adalah semasa sesi ceramah berkaitan ‘Kemahiran Bimbingan dan Rundingan Cara Pelajar’ yang disampaikan oleh Dr. Syed Mohamad Syed Abdullah yang merupakan kaunselor bertauliah dan Pensyarah Kanan Bimbingan dan Kaunseling dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia.

Photo By NORIZAN ISHAK
GrAMS 2024


Para pensyarah turut diberikan pendedahan berkaitan teknik penggunaan GrAMS yang dikendalikan oleh Dr. Mohammad Syamsul Reza Harun, Pensyarah Jabatan Sains Bioperubatan IPPT dan Puan Salmiza Zakaria, pegawai pembangunan sistem.
Majlis ini rata-ratanya mendapat sambutan yang menggalakkan dan maklum balas yang sangat baik dalam kalangan para pensyarah di IPPT. 
Melalui majlis ini, para pensyarah IPPT khususnya penasihat akademik yang dilantik berjaya memperolehi ilmu dan pendedahan baharu berkaitan teknik penasihatan dan runding cara kepada para pelajar. Bukan itu sahaja, melalui latihan penggunaan sistem GrAMS ini secara tidak langsung para pensyarah dapat menyumbang kepada penambahbaikan sistem. 

Photo By NORIZAN ISHAK
GrAMS 2024


Hadir sama adalah Profesor Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim, Timbalan Pengarah (Klinikal, Kelestarian, & Piawaian) dan Profesor Madya Dr. Hasni Arsad, Timbalan Pengarah (Penyelidikan & Jaringan).

Teks:  Nur Aqilah Tajul Ashikin
Disunting oleh: Dr. Asmida Isa & Dr Mohammad Syamsul Reza Harun
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
10 Oktober 2024

Scroll to Top