Collaboration

Program Mobiliti Kepakaran Perubatan Transfusi, IPPT USM ke Fakultas Kedoktoren, Universitas Airlangga (UNAIR), Indonesia: Perkukuh kerjasama strategik negara serantau.

Published : 15 April 2024

Fakultas Kedokteran Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia
SURABAYA, INDONESIA, December 3 2023 -

Program sarjana perubatan-MMed (Perubatan Transfusi) merupakan program kepakaran yang menghasilkan graduan doktor pakar dalam bidang perubatan transfusi sejak tahun 2006. Program ini juga adalah hasil kerjasama IPPT, USM dengan Pusat Darah Negara (PDN). IPPT merupakan satu-satunya “host” di Malaysia dan juga di Asia Tenggara. Graduan sulung program telah dihasilkan pada tahun 2010.

Rumah Sakit Umum Daerah Dr. Soetomo, Surabaya, Indonesia

Program Mobiliti Kepakaran Perubatan Transfusi, IPPT USM Ke Fakultas Kedokteran UNAIR, Surabaya yang telah melibatkan 15 orang pelajar bersama 2 orang pensyarah pengiring dari IPPT, USM bermula 3 Disember sehingga 9 Disember 2023 melalui inisiatif “matching grant” diantara Pusat Mobiliti dan Koloborasi Antarabangsa (IMCC) USM bersama IPPT. Program ini mendokong 2 agenda kelestarian iaitu SDG 16 (Peace, Justice dan strong Institutions) dan juga SDG 17 (Partnerships for the goals). Program ini adalah kali yang pertama melibatkan antara 2 kumpulan pelajar, iaitu pelajar dari Program Sarjana Perubatan (Perubatan Transfusi) dari IPPT, USM Malaysia dan pelajar dari Program Studi Kepakaran Klinikal Patology dari Fakulti Kedokteran Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang kami berada di sana.

Kolokium Perubatan Transfusi

Program mobiliasi pelajar MMed ke Falkultas Kedoktoran UNAIR ini telah dirancang dengan mengambil kira beberapa faktor kerjasama strategik kepada pihak IPPT, USM

1) Kerjasama diantara IPPT dan Fakultas kedoktoran, Universitas Airlangga telah dimateri melalui MoU yang telah ditandatangani pada 16 November 2020 yang lepas.

Lanjutan itu pelbagai aktiviti koloborasi di antara institusi telah dijalankan seperti:

a) “Joint Webinar Series” (25 Ogos 2022 & 20 Oktober 2022) secara berkala, yang menjadi platform perbincangan dan perkongsian ilmu antara penyelidik IPPT dan penyelidik UNAIR.

b) “Joint Publication” antara penyelidik IPPT dan penyelidik UNAIR

c) MoA “matching grant” diantara penyelidik IPPT-UNAIR – majlis pertukaran MoA telah diadakan pada November 2023 yang lepas. d) Program latihan sangkutan “in-bound” selama 2 minggu bagi pelajar program doktor pakar Clinical Pathologist, Fakultas Kedoktoran UNAIR di Makmal Diagnostik Klinikal PPUSMB. Terkini 9 orang pelajar telah selesai mengikuti latihan sangkutan. Takwim pelaksanaan program ini telah dirancang sehingga Julai 2024.

2) Untuk memberi peluang pelajar tempatan mendapat pendedahan dan melakukan latihan sangkutan singkat di luar negara bagi memahami sistem pengurusan pusat darah atau “Blood Bank” di Indonesia dan Palang Merah Indonesia yang berbeza berbanding di Malaysia. Pihak UNAIR juga amat mengalualukan mobilisasi ini sebagai timbal-balas pihak IPPT menerima pelajar mereka “in-bound” mengikuti latihan sangkutan di PPUSMB, IPPT ketika ini. Selain itu, satu kolokium diantara pelajar klinical pathologis di UNAIR bersama pelajar sarjana MMed Perubatan Transfusi telah berjaya dianjurkan dan menjadi platform koloborasi pelajar pada peringkat antarabangsa.

3) Mempromosikan dan memperkenalkan “talent USM iaitu kepakaran perubatan transfusi IPPT di Fakultas Kedoktoran, UNAIR. Usaha ini akan meningkatkan “visibility”, koloborasi akademik dan penyelidikkan antara 2 institusi disamping memperkukuhkan koloborasi sedia ada.

Berikut merupakan spesifik objektif yang dirancang kepada pelajar untuk aktiviti mobilisasi ini, selain daripada objektif yang di sasarkan seperti di atas.

• Mempelajari pembangunan polisi “Donor care”, pemantauan haemovigilance, pengurusan procument, piawaian amalan transfusi dan ujian imunohaematologi yang diamalkan oleh Pusat Tabung Darah Palang Merah Indonesia (PMI) dan Rumah Sakit UNAIR.

Semua peserta yang terlibat amat berpuas hati dan gembira atas peluang yang telah diberikan. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada akan datang.

Lawatan di Palang Merah Indonesia



SDG 16 - Promote peaceful and inclusive societies for sustainable development, provide access to justice for all and build effective, accountable and inclusive institutions at all levels
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top