Collaboration

PENYERTAAN SUKARELAWAN HELWA IPPT KE PROGRAM TAUTAN MAHABBAH BINA PASUKAN HELWA USM

Published : 23 August 2024

Sukarelawan HELWA IPPT yang menghadiri Program Tautan Mahabbah Bina Pasukan bergambar kenangan. Dari kiri Nur Liana, Norjana, Syazwani, Najwa Hazwani dan Nik Noramyrah Azlyn.
PANTAI CAHAYA BULAN RESORT, KOTA BHARU KELANTAN., August 23 2024 -

HELWA ialah Hal Ehwal Wanita yang ditubuhkan di bawah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia memainkan peranan penting dalam memperkasakan wanita dalam komuniti, universiti dan masyarakat umum. HELWA merancang dan melaksanakan program-program pembangunan modal insan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah di samping menumpukan pada peningkatan kemahiran kepimpinan wanita dan menyokong kesejahteraan keseluruhan wanita.

PROGRAM TAUTAN MAHABBAH BINA PASUKAN HELWA USM yang telah berlangsung dengan jayanya melibatkan ahli HELWA USM dari Pusat Islam USM Kampus Induk ,Kampus Kejuruteraan,  Kampus Kesihatan Kelantan dan sukarelawan  Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan PPUSMB.

Photo By SUKARELAWAN HELWA IPPT
Sukarelawan HELWA IPPT yang menghadiri Program Tautan Mahabbah Bina Pasukan bergambar kenangan. Dari kiri Nur Liana, Norjana, Syazwani, Najwa Hazwani dan Nik Noramyrah Azlyn.

 HELWA Pusat Islam Kampus Kesihatan USM Kelantan yang terpilih menjadi tuan rumah telah berjaya menganjurkan program ini  dari  23 hingga 24 Ogos 2024 memilih Pantai Cahaya Bulan Beach Resort, Kota Bharu Kelantan sebagai lokasi program.

Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah untuk menyantuni serta mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara semua ahli HELWA USM. Selain itu, program ini juga dapat membantu untuk menjana idea dan strategi baru untuk mencapai matlamat HELWA USM yang lebih dalam dari segi mental dan spiritual.


Photo By SUKARELAWAN HELWA IPPT
Para peserta bergambar bersama penganjur selepas aktiviti sukaneka di Pantai Cahaya Bulan.


Dalam ucapan perasmian oleh Prof Madya Dr Zaharah Sulaiman selaku Pengerusi HELWA Kampus Kesihatan kali ini, beliau berbesar hati melihat keterlibatan semua ahli HELWA USM yang telah hadir bagi memenuhi aktiviti program yang berlangsung selama 2 hari. Beliau juga telah memberikan pemahaman dan kepentingan ahli HELWA agar saling bantu membantu dan saling bekerjasama dalam merealisasikan visi dan misi HELWA USM.


Photo By SUKARELAWAN HELWA IPPT
Ustaz Mohammad Shukri Osman memberikan kata aluan.


Kehadiran Ustaz Mohammad Shukri Osman selaku Pengarah Pusat Islam USM juga telah memberikan semangat yang positif agar HELWA USM secara amnya akan memberikan kesan yang baik agar dapat menjadi contoh teladan kepada semua staf wanita khususnya.

Program ini sekaligus telah memberikan impak yang tinggi kepada peserta kerana dapat meningkatkan keyakinan diri serta memahami akan tanggungjawab sebagai muslimah. Selain itu, kesan   positif dalam meningkatkan motivasi  kepada peserta dalam ruang pecambahan ilmu dan idea secara terbuka. Ini secara langsung memberi impak yang lebih jelas kepada peserta untuk memainkan peranan mengikut tanggungjawab yang ada dari semasa ke semasa.

Pelbagai aktiviti sukaneka yang menarik seperti lontar bola ping pong, bowling kelapa dan bisikan salam telah dirancang oleh pihak penganjur di persisiran Pantai Cahaya Bulan. Aktiviti yang nampak mudah ini, sebenarnya mencabar kemahiran dan semangat berpasukan semua ahli HELWA kerana suasana yang berangin di tepi pantai. Sudah pasti, ini memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan buat semua peserta kerana dapat melakukan aktiviti di luar pejabat. Hormon endorfin, yang merupakan hormon 'bahagia' dalam badan dapat dihasilkan melalui aktiviti seperti ini dapat membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja sekaligus dapat memzahirkan aura yang positif. Ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 3 yang digalakkan oleh USM, iaitu Kesihatan yang Baik dan Kesejahteraan (Good Health and Well-being).

Pertemuan selama 2 hari ini berjaya mengumpulkan kira-kira 38 peserta HELWA daripada keempat-empat kampus daripada pelbagai latar belakang terdiri daripada ahli akademik, pengurusan dan profesional dan staf pelaksana. Antara resolusi yang dapat dirumuskan dari Program Tautan Mahabbah Bina Pasukan USM ini ialah menjadikan Tautan Mahabbah sebagai aktiviti tahunan HELWA yang akan dibuat secara bergilir mengikut kampus dan mengadakan mesyuarat tahunan HELWA dari semua kampus pada awal tahun untuk merancang program HELWA dengan lebih sistematik dengan keterlibatan lebih ramai lagi ahli HELWA.

PROGRAM TAUTAN MAHABBAH BINA PASUKAN HELWA USM membuktikan HELWA USM komited untuk memperkasakan wanita melalui pelbagai aktiviti yang menyeluruh meliputi pembangunan peribadi, kesihatan, keusahawanan, pendidikan dan lain-lain lagi. Dengan menyediakan persekitaran yang menyokong dan memupuk peluang untuk pertumbuhan, HELWA USM memainkan peranan penting dalam meningkatkan status dan kemampuan wanita di dalam universiti dan komuniti yang lebih luas. Melalui usaha berterusan dan kerjasama, HELWA berusaha untuk mewujudkan warga USM yang lebih inklusif dan adil di mana wanita boleh berkembang dan mencapai potensi sepenuhnya.

Ditulis oleh  Nur Liana Abu Bakar dan Syazwani binti Ismail, 2024









SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
SDG 10 - Reduce inequality within and among countries
SDG 16 - Promote peaceful and inclusive societies for sustainable development, provide access to justice for all and build effective, accountable and inclusive institutions at all levels
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top