SDG Sustainable Development Goals Foto : Pn.Norhayati Abdul Razak
Bengkel ini dimulakan dengan sesi pengenalan dan pendedahan secara meluas mengenai Sistem ONSS ( Online News Submission System ) oleh Puan Hasniza binti Amno selaku penceramah dan juga Pegawai Kelestarian IPPT dan dibantu oleh Puan Nurulhuda binti Abdul Jais selaku fasilitator. Penyampaian serta bimbingan yang luar biasa daripada pihak penceramah serta team berupaya merentasi spektrum kandungan bengkel, daripada idea kepada maklumat serta pemahaman mudah untuk disampaikan kepada peserta. Bimbingan mereka memperkasakan semangat peserta untuk mencipta penulisan dan karya bagi dikongsi bersama. Selain sesi interaktif dan soal jawab ,bengkel di mantapkan lagi dengan sesi tugasan kepada peserta masing-masing. Pembentangan tugasan dilakukan diakhir sesi bengkel dan hasil tugasan peserta ditambah dengan komen membina daripada penceramah.
11 Kolum di dalam Online News Submission System (ONSS)
Secara ringkasnya terdapat 11 kolum sistem Online News Submission System (ONSS) yang boleh diakses https://onss.amdi.usm.my/ oleh semua staf IPPT dengan menggunakan identiti USM dari dalam dan luar rangkaian USM. Melalui sistem ini, warga IPPT boleh membuat menyumbang artikel atau berita berkaitan amalan dan aktiviti kelestarian yang telah dijalankan oleh mereka. Ini merangkumi berita dan aktiviti bersama masyarakat, kolaborasi, kejayaan, video dan artikel dan lain-lain maklumat bagi memberi pemahaman dan pendedahan secara asas mengenai isu-isu kesihatan, isu semasa, perkhidmatan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM), Bertam. Perkongsian berita atau artikel yang telah diluluskan oleh pihak editor melalui sistem ONSS akan diterbitkan secara automatik ke dalam portal AMDI Newsletter https://news.amdi.usm.my/. Semua berita boleh dikongsikan oleh pembaca melalui platform sosial media masing-masing merangkumi Facebook, Whatsapp (Mobile) dan Twitter. Melalui perkongsian maklumat yang meluas, ia dapat meningkatkan visibility warga IPPT kepada pihak luar dengan lebih berpengaruh.
Kesemua kolum berita yang disediakan dapat memantapkan lagi matlamat dengan memberdayakan penyumbang dari pelbagai jabatan dengan pemahaman komprehensif mengenai Matlamat Pembangunan Lestari. Matlamat antara hubungan ini, juga dikenali sebagai SDGs atau Global Goals, yang berperanan sebagai perancangan universal. Melalui penekankan nilai hubungan antara jabatan dan galakan persekitaran kolaboratif, peserta dapat memanfaatkan rangkaian minda yang pelbagai menerusi ruangan Artikel Dan Berita Dalam AMDI Newsletter.
Sesi bengkel & soal jawab Pemenang kuiz Pn. Divanee & penceramah Pn. Hasniza Amno
(Foto : Perpustakaan IPPT)
Semoga bengkel ini dapat menjadi pemangkin kepada peserta dan juga staf IPPT untuk bersama-sama menyumbang idea dan berkongsi ilmu pengetahuan melalui bidang kepakaran masing-masing menerusi platform digital ini. Malah inisiatif ini diharapkan memberi impak yang besar kepada IPPT seterusnya membantu USM mengekalkan THE IR 4th Rank 2023 in the world ( Time Higher Education Impact Ranking ) selain dari memajukan misi AMDI Newsletter sebagai penghubung ilmu pengetahuan, kemajuan, dan perubahan positif kepada semua warga kampus.
Artikel oleh: Puan Nur Hasmiza binti Mahadzir & Puan Divanee A/P Chandrasegar
Foto dari : Perpustakaan IPPT & Puan Norhayati binti Abdul Razak