Achievement

Tahniah – Lantikan Sebagai Profesor Adjung

Published : 24 March 2022

Upacara Inaugurasi cecara atas talian.
BERTAM, IPPT, March 24 2022 -

Prof. Dr. Narazah Binti Mohd Yusoff 


Anugerah ini telah disampaikan oleh Wakil Rektor Bidang Internasionalisasi, Digitalisasi dan Informasi, Dr. Muhammad Miftahussurur bagi pihak Rektor. Pimpinan  Universitas Airlangga lain yang hadir adalah Dekan Fakultas Kedokteran Professor Dr. Budi Santoso, Ketua Jabatan Patologi Klinikal, Dr Yetti Hernaningsih dan Penyelaras Program Patologi Klinikal Dr. Puspa Wardhani, serta Profesor-profesor, doktor-doktor, staf-staf dan pelatih-pelatih Universitas Airlangga.

Di IPPT, majlis di wakili oleh Timbalan Pengarah Akademik dan Antarabangsa  Dr. Ida Shazrina binti Ismail dan  Professor-profesor, doktor-doktor, staf-staf  dan pelatih-pelatih (secara zoom). 

Selain itu, majlis yang di hadiri secara bersemuka dan Zoom, juga dihadiri oleh pakar-pakar, doktor-doktor, staf-staf di hospital dan institusi berkaitan dari luar USM.

Lantikan Profesor Narazah bermula dari Januari 2022. Dengan anugerah ini, Professor Narazah telah diterima sebagai salah seorang ahli di dalam famili Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia dalam usaha sama ke arah menjayakan perancangan dan aspirasi Universitas Airlangga dalam bidang  akademik dan penyelidikan.

Warga IPPT merakamkan ucapan setinggi tinggi tahniah kepada Profesor Dr. Narazah Binti Mohd Yusoff di atas lantikan beliau sebagai Profesor Adjung di Jabatan Patologi Klinikal, Fakulti Perubatan Universitas Airlangga, Indonesia.

Upacara Inaugurasi telah berlangsung melalui live streaming Youtube https://www.youtube.com/watch?v=pE5YnlGjlNs. Pada program tersebut Profesor  Narazah telah menyampaikan ucaptama bertajuk "South-East Asia Ovalocytosis (SAO) and Its Clinical Implications"

Tahniah Profesor Dr Narazah!!!



Scroll to Top