Announcement

“2nd IPPT – USM Oral Cancer Rehabilitation Updates 2023”

Published : 13 July 2023

USM Oral Cancer Rehabilitation Updates 2023” (OCRU2023) bersama peserta
PENANG, July 13 2023 -
Seminar “2nd IPPT – USM Oral Cancer Rehabilitation Updates 2023” (OCRU2023) anjuran Jabatan Sains Pergigian, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia telah diadakan di Penang Golf Resort Pulau Pinang.

Program OCRU2023 pada kali ini bertemakan “Management of Oral Oncology Patients” yang diketuai oleh Dr. Muhammad Azrul Zabidi, Jabatan Sains Pergigian, IPPT.

Seminar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pengamal perubatan, pengamal pergigian, penyelidik, pelajar pascasiswazah, jururawat dan ahli terapi mengenai rawatan rehabilitasi kanser mulut yang optimum dan terkini kepada pesakit. Seramai 70 orang peserta telah menyertai seminar tersebut. 

Turut hadir dan memberi ucapan aluan pembuka majlis ialah YM Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT).

“OCRU2023 merupakan platform kepada penyelidik dan doktor dalam membentangkan dan membincangkan mengenai kemajuan penyelidikan terkini, dan cabaran dihadapi dan penyelesaian untuk menguruskan kanser mulut” kata beliau.

Kanser mulut adalah kanser ke-enam tertinggi di dunia dan di Malaysia, kes kanser mulut yang dirujuk ke klinik mempunyai jangkaan kadar kematian sebanyak 50-70% kerana kanser lambat dikesan.

Rawatan rehabilitasi pesakit kanser mulut adalah penting bagi kelangsungan kualiti hidup pesakit. 

Penceramah terkemuka daripada pelbagai bidang telah dijemput seperti Profesor Dr Peter John Anderson, Perunding Kanan Pakar Bedah Kraniofasial dari Adelaide Women’s and Children’s Hospital, Australia, Dr Mohammad Adzwin Yahaya, Perunding Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Kuala Lumpur, Dr Fadzlina Abdul Karim, Pakar Prostodontik dan Prostetik Maksilofasial, Hospital Canselor Tunku Muhriz, PPUKM, Dr Ahmad Fakrurrozi Mohamad, Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial, PPUSMB dan Dr Nawal Radhiah Abdul Rahman, Pakar Patologi dan Perubatan Oral, PPUSMB.
Scroll to Top