POSTER
BERTAM, December 29 2021 -

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Amalan gaya hidup sihat adalah formula utama kepada kesihatan yang baik dan harus dibudayakan dalam masyarakat sedari dari umur kanak-kanak agar dapat diterapkan ke alam dewasa. Sehubungan itu, satu Karnival Gaya Hidup Sihat dibawah anjuran Kluster Sains Gaya Hidup, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia dan Sekolah Kebangsaan Bertam Indah akan diadakan pada ketetapan berikut:

 

TAJUK: Karnival Gaya Hidup Sihat-Webinar Siri 5

TARIKH: 29 Disember 2021 (RABU)

MASA : 8.00 pagi hingga 12 tengah hari

 

Pelbagai pengisian menarik akan diadakan iaitu sesi senamrobik, Webinar Panduan Pertolongan Cemas oleh pakar perubatan IPPT, USM serta forum kesihatan bersama saudara Kevin Zahri selaku panel jemputan dan Guru Besar SK Bertam Indah bagi mengupas topik bertajuk “Obesiti Kanak-kanak: Cabaran dan Penyelesaian”. 

Selain itu, satu pertandingan kuiz kesihatan akan turut berlangsung di sepanjang pengisian program karnival yang terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan Tingkatan enam seluruh Malaysia. 

 

AYUH SERTAI KAMI SECARA PERCUMA DI SALURAN-SALURAN BERIKUT

 

LIVE STREAM:

1) FB @Program Sekolah Sihat, Aktif, Segak (PROSAS)

https://www.facebook.com/Program-Sekolah-Sihat-Aktif-Segak-107640185118694  

2) FB@SKBERTAMINDAH

https://www.facebook.com/SK-Bertam-Bertam-Indah-Sekolah-Berprestasi-Tinggi-100530828819848

3) YOUTUBE @UHEIS

https://www.youtube.com/channel/UC_PHy2LjpjcSfYijrgNDIDA

Link pendaftaran : https://tinyurl.com/siri5webinar

Scan Barcode

 

 

 

**Mata LDP akan diberikan kepada guru

 

Scroll to Top