Expert Column

Pecah/Potong Ubat, Boleh Atau Tidak?

Mohamad Firdaus Harun
Published : 17 January 2024

Infografik Ubat Yang Tidak Boleh Dipotong/Dihancurkan



Mohamad Firdaus bin Harun, Penolong Pegawai Farmasi

Unit Farmasi, Pusat Perubatan USM Bertam

Ubat-ubatan tablet dan kapsul merupakan produk farmaseutikal yang paling banyak digunakan di dalam perawatan pesakit. Namun begitu, bagi pesakit yang tidak boleh menelan ubat, ia memerlukan pengubahsuaian di dalam perawatan yang menggunakan tablet dan antaranya adalah memotong/menghancurkan tablet menjadi lebih kecil atau mengubah bentuk farmaseutikalnya ke dalam bentuk cecair.

Tidak semua tablet boleh dipotong atau dihancurkan. Bentuk-bentuk tablet tersebut ada dinyatakan dalam poster grafik yang disediakan. 

Antara sebab-sebab tablet tersebut perlu kekal diambil secara penuh dalam bentuk asal : 

1. Bahan aktif ubat dapat sampai ke sasaran lokasi penyerapan tanpa dirosakkan oleh asid perut.

2. Mengelakkan iritasi di dalam perut.

3. Memastikan dos ubat diserap secara konsistan.

4. Mengurangkan kesan sampingan ubat kepada pesakit.

5. Mengelakkan kesan toksik akibat penguraian ubat lebih awal.

6. Meningkatkan kepatuhana perawatan kepada pesakit.

7. Menyadurkan rasa pahit ubat.

8. Mengelakkan kerosakan ubat akibat terdedah kepada suhu dan udara.

Adalah penting untuk pesakit, penjaga dan ahli perawatan untuk membaca dan memahami semua arahan penggunaan ubat dengan betul. 

Sekiranya tidak pasti, hubungi ahli farmasi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat terperinci berkaitan bentuk ubat, formulasi, kestabilan ubat-ubatan atau alternatif ubat yang boleh disediakan kepada pesakit.

Scroll to Top