Achievement

Empat calon pelajar sarjana perubatan (Perubatan Transfusi) selesai viva-voce disertasi

Published : 17 November 2023

Calon pelajar sarjana (perubatan transfusi) bersama-sama urusetia Viva
Jabatan Perubatan Klinikal, IPPT USM, November 14 2023 -

Empat calon pelajar sarjana perubatan Transfusi tahun akhir telah selesai menjalani peperiksaan Ikhtisas II (Viva voce Disertasi) kelmarin, yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Perubatan Klinikal, Dr. Suria Emilia Suhana Othman Tan. Calon yang terlibat terdiri daripada Dr. Hannah binti Ismail, Dr. Samihah binti Mohd Mahfdzuz, Dr. Wan Ahmad Ashraf bin Wan Naim dan Dr. Murni Hayati binti Baharom. Setiap pelajar sarjana perubatan (perubatan transfusi) diwajibkan melakukan projek penyelidikkan disertasi sebagai pra-syarat graduasi disamping perlu lulus peperiksaan Ikhtisas I dan Ikhtisas II. Ucapan seusai Viva Voce Dr. Murni Hayati menyatakan rasa gembira dan terharu kerana dapat menyelesaikan penyelidikkan beliau walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi. Semua ini tidak akan berlaku tanpa dorongan dan bantuan dari pasukan pensyarah yang menyelia beliau.

Sebagai makluman, program sarjana perubatan -MMed (Perubatan Transfusi) merupakan program kepakaran yang menghasilkan graduan doktor pakar dalam bidang perubatan transfusi sejak tahun 2006. Ia bertujuan melahirkan pakar perubatan transfusi yang akan mengendalikan masalah klinikal pesakit berkaitan transfusi  dan berkemahiran dalam bidang perubatan transfusi. Program ini juga adalah hasil kerjasama IPPT, USM dengan Pusat Darah Negara (PDN). IPPT,USM merupakan satu-satunya “host” di Malaysia yang menganjurkan program ini. Graduan sulung program telah dihasilkan pada tahun 2010. Antara syarat kemasukkan program adalah 1) Calon mesti mempunyai ijazah Bachelor of Medicine dan Bachelor of Surgery (MBBS) atau Doctor of Medicine (MD) daripada universiti tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council). 2)Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman berkhidmat sebagai pegawai perubatan di hospital-hospital awam dalam bidang klinikal ataupun makmal klinikal dan lain-lain kelayakan yang setaraf dengannya. 3) Lulus temuduga dan ujian kemasukan kursus.



SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
Scroll to Top