Community

Program Celik Ilmu Dekati Penduduk Kampung Orang Asli Lubok Legong

Published : 10 June 2023

Bersama Penduduk Kampung Orang Asli Lubok Legong
BALING, June 10 2023 -
Persatuan Pelajar IPPT (ASA) telah mengadakan satu Program Celik Ilmu yang berkolaborasi bersama Emerging Infectious Disease (EID) Research Program IPPT, USM di Kampung Orang Asli Lubok Legong, Baling Kedah pada hujung minggu lalu.
Program ini telah diketuai oleh Cik Hanis Nabilah Mohd Nazman dan melibatkan 24 ahli ASA dan turut hadir bagi menjayakan lagi program ini Dr. Ida Shazrina Ismail, Timbalan Pengarah Akademik bersama 3 pensyarah lain.
Selain itu, program ini disambut baik oleh Tok Batin Razali Kulim, Ketua Kampung Orang Asli Lubok Legong dan melibatkan 40 orang kanak-kanak orang asli yang berumur dalam lingkungan 6 hingga 13 tahun dan juga ibu-ibu.
Seterusnya, antara pengisian aktiviti dilakukan bersama penduduk kampung ini adalah senamrobik, pertandingan mewarna, ‘Mari Mengenal Mikroskop Dan Mikroorganisma’ dan permainan bola beracun dimana telah mendapat tajaan oleh geran komuniti Malaysian Society for Molecular Biology and Biotechnology (MSMBB).
Program Celik Ilmu ini juga mendapat sumbangan barangan daripada pensyarah dan staff IPPT dan juga orang awam seperti permainan kanak-kanak, alat tulis, pakaian sekolah, pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak untuk diedarkan kepada penduduk.

Teks : Mahirah Mahyidin
Scroll to Top