Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah menganjurkan sebuah Bengkel Single Best Answer (SBA) dan Scenario Based Question (SBQ) Construction hari ini bertempat di Dewan Kuliah A, Blok C, Sains@Bertam. Bengkel tersebut menampilkan Dr. Anisa Ahmad iaitu pensyarah dari Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan sebagai penceramah utama.
Objektif utama bengkel adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pensyarah IPPT mengenai teknik penyediaan soalan-soalan peperiksaan yang terdapat dalam program Doktor Perubatan (MD) USM serta mempelajari prinsip dan cara penyediaan soalan SBA dan SBQ. Seramai 26 orang pensyarah telah menyertai bengkel ini dengan jayanya.
Photo By BAHAGIAN AKADEMIK DAN ANTARABANGSA
Bengkel Single Best Answer (SBA) dan Scenario Based Question (SBQ) Construction
Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Ida Shazrina Ismail selaku Timbalan Pengarah (Akademik dan Antarabangsa) IPPT. Bengkel diteruskan dengan penerangan daripada Dr. Anisa mengenai jenis-jenis penilaian yang terdapat dalam program MD serta amalan terbaik bagi penyediaan soalan-soalan peperiksaan yang bebentuk teori. Selain SBA dan SBQ, soalan-soalan peperiksaan bagi Fasa 1 program MD juga terdiri daripada soalan berbentuk Objective Structured Clinical Examination (OSCE), Objective Structured Practical Examination (OSPE), Short Essay Question (SEQ) dan Multiple True False (MTF).
Bengkel diteruskan lagi dengan penerangan lanjut mengenai prinsip penyediaan soalan SBA dan SBQ. Para peserta juga diberi peluang untuk membuat soalan-soalan berbentuk SBA dan SBQ secara berkumpulan dan seterusnya pemurnian terhadap soalan-soalan ini turut dilakukan bersama-bersama oleh semua peserta.Photo By BAHAGIAN AKADEMIK DAN ANTARABANGSA
Bengkel Single Best Answer (SBA) dan Scenario Based Question (SBQ) Construction
Melalui bengkel ini, diharapkan para pensyarah IPPT dapat lebih memahami teknik dan prinsip yang betul dalam penyediaan soalan-soalan peperiksaan terutamanya yang berbentuk SBA dan SBQ sekaligus dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan penilaian dalam program MD.Photo By BAHAGIAN AKADEMIK DAN ANTARABANGSA
Bengkel Single Best Answer (SBA) dan Scenario Based Question (SBQ) Construction
Teks disediakan oleh: Suhana Sulaiman
Teks disunting oleh: Dr. Siti Salmah Noordin & Nur Aqilah Tajul Ashikin