Collaboration

Program Khatan Perdana@Pusat Perubatan USM Bertam

Published : 20 December 2022

Ahli-ahli Bomba meraikan kanak-kanak yang bakal dikhantankan dengan acara semburan air
BERTAM, December 17 2022 -
Program Pakej Berkhatan@Pusat Perubatan USM Bertam telah berlangsung pada hujung minggu baru-baru ini di Pusat Perubatan USM Bertam.

Program ini merupakan anjuran bersama Pusat Perubatan USM Bertam, Pusat Komuniti IPPT USM dan Koperasi Masjid Al-Malik Khalid USM (KOMALIK) yang melibatkan seramai 41 orang kanak-kanak yang terdiri dari kalangan komuniti dan juga dari warga kakitangan IPPT sendiri telah didaftarkan untuk berkhatan pada hari pertama program, namun terdapat 5 kes yang ditangguhkan untuk dirujuk oleh Pakar Perunding di PPUSMB nanti.



Pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para waris kerana memberi kepercayaan dan kerjasama baik kepada kami sepanjang program khatan ini berlangsung. 

Seterusnya, juga kepada pihak pentadbiran IPPT USM, antaranya yang terlibat adalah pasukan Dr. Zaimi serta para sukarelawan program yang membantu melancarkan gerak kerja program. 



Tidak lupa buat penglibatan Bomba Kepala Batas Daerah SPU yang sudi hadir memeriahkan suasana, seterusnya kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini samaada secara langsung atau tidak langsung.



Diharapkan, dengan adanya program bertemakan kemasyarakatan seperti ini, hubungan baik antara IPPT dan masyarakat setempat dapat dipererat dan diperkukuh. 

Sekian, Tahniah dan Terima Kasih semua !!

#ProgramPekejBerkhatan@PPUSMB #Khatan #PusatKomunitiIPPT #UHEIS #PPUSMB #IPPT #AMDI #KOMALIK #PusatIslamUSM  #USM #WeLead

Advanced Medical and Dental Institute, USM
Pusat Perubatan USM Bertam
Pusat Komuniti IPPT USM
Pusat Islam USM

Scroll to Top