Achievement

Temasya Olahraga Tahunan USM Ke-46: AMDI TOW Team Juara Tarik Tali, Dr Muhammad Azrul Zabidi Raih Dua Pingat

Published : 11 June 2023

AMDI TOW Team dan Dr Azrul bersama pingat yang dimenangi.
STADIUM OLAHRAGA USM, June 10 2023 -
Photo By Ashahri Idrus
AMDI TOW Team dan Dr Azrul bersama pingat yang dimenangi.

Temasya Olaharaga Tahunan USM Ke-46 yang berlangsung di Stadium Olahraga USM pada 9 hingga 11 Jun 2023 telah menyaksikan atlit dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) telah menyumbang beberapa pingat kepada Kontingen Staf USM di dalam tiga acara yang disertai.


Photo By Ashahri Idrus
AMDI TOW Team Johan Tarik Tali Temasya Olahraga Tahunan USM Ke-46.

Pasukan Tarik Tali IPPT atau AMDI TOW Team merupakan satu-satunya pasukan mewakili Staf USM telah berjaya meraih Johan bagi acara Tarik Tali setelah menewaskan pasukan Aman Damai 2-0 dalam aksi Akhir acara tersebut. Sebelum itu, AMDI TOW Team atau terkenal dengan jolokan 'AMDI Panthers' telah menewaskan Cahaya Gemilang/Harapan (CGH) di peringkat Separuh Akhir dan mengalahkan Indah Kembara di peringkat Suku Akhir.


Photo By Ashahri Idrus
Aksi AMDI TOW Team di peringkat Separuh Akhir Tarik Tali TOT USM Ke-46.

Pada edisi penganjuran TOT USM Kali Ke-46 ini, AMDI TOW Team telah dibarisi oleh Mohamad Firdaus bin Harun (Unit Farmasi PPUSMB), Noor Taufik Jamaluddin (Seksyen Keselamatan IPPT), Shamsuri Idris (Seksyen Keselamatan IPPT), Ashahri Idrus (Unit Kejururawatan PPUSMB), Mohd Ghani Mohamad (Unit Kejururawatan PPUSMB), Mohd Shukur Abidin (Seksyen Pengurusan IPPT), Mohd Abdillah Zamil Md Saad (Seksyen IT@AMDI), Ahmad Faisal Mohamad Yosop (BHEPA USM), Ahmad Rizwan Zulkharnain (Seksyen Pengurusan IPPT) dan dua atlit baru, Ahmad Syahir Ezzuddin Ramli (Unit Farmasi PPUSMB) dan Muhamad Azmin Othman (Unit Kejururawatan PPUSMB).

Photo By Ashahri Idrus
Dr. Muhammad Azrul dengan dua pingat yang diperolehi dari acara Melontar Peluru (Perak) dan Merejam Lembing (Gangsa).

Walaupun tanpa persiapan yang rapi dalam penyertaan kali ini, Dr. Muhammad Azrul Zabidi dari Jabatan Sains Pergigian IPPT telah berjaya menyumbang dua pingat kepada Kontingen Staf USM iaitu Pingat Perak dalam acara Melontar Peluru dan Pingat Gangsa dalam acara Merejam Lembing yang diadakan pada petang Sabtu. Dr. Azrul merupakan atlit yang tidak asing dalam acara ini terutamanya acara Melontar Peluru di mana beliau pernah meraih Pingat Gangsa dalam Sukan Antara Universiti Malaysia (SUKUM).

Tahniah dan syabas kepada atlit IPPT dan PPUSMB!
Scroll to Top