AMDI Story

PROGRAM HIKING & MAPPING SEMPENA SAMBUTAN HARI DIABETES SEDUNIA 2024 PERINGKAT IPPT/PPUSMB

Published : 17 November 2024

Program Hiking & Mapping 2024
BUKIT HAJI YUSOF SUNGAI PETANI, November 17 2024 -

Jabatan Perubatan Klinikal dan Klinik Pakar Perunding, Unit Perubatan Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEIS), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM telah menganjurkan Program Hiking & Mapping sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat PPUSMB, IPPT USM bertempat di Bukit Haji Yusof Sungai Petani, Kedah.

                                                                                                                                                                                    Photo By PPUSMB
                                                                                                                                                                            Program Hiking & Mapping 2024


Program ini adalah bersempena dengan sambutan ‘Hari Diabetes Sedunia’ yang disambut pada 14 November setiap tahun di seluruh dunia. Penganjuran program ini adalah merupakan acara tahunan bagi PPUSMB dan IPPT. 
Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat IPPT & PPUSMB telah berlangsung sepanjang satu minggu bermula daripada 11 hingga 17 November 2024 dengan pelbagai pengisian aktiviti yang bermanfaat.
Matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan konsep Ibadah dan medical dengan menekankan aspek ibadah wajib yang perlu ditunaikan oleh setiap mukallaf walaupun dalam keadaan sakit. 
Statistik menunjukkan ramai pesakit diabetes berdepan dengan pelbagai komplikasi penyakit seperti, diabetic foot ulcer, stroke, hilang penglihatan kekal dan juga komplikasi buah pinggang. Pesakit- pesakit inilah yang sering berhadapan dengan masalah dalam melakukan aktiviti seharian sehingga menjejaskan kualiti kehidupan mereka termasuklah dalam aspek ibadah. 

Photo By PPUSMB
Program Hiking & Mapping 2024


Jika dilihat hari ini, berapa ramai pesakit menggunakan terma “sakit” sebagai satu alasan untuk mereka tidak menunaikan ibadah terutama fardhu ain sedangkan disana terdapat pelbagai rukhsah untuk seseorang beribadah.  
Di samping itu, program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan staf tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup yang sihat sebagai langkah pencegahan kepada penyakit diabetes dimana ia juga sebagai salah satu rawatan bagi pesakit diabetes, iaitu (non-pharmacological treatment). 
Program Hiking dan Mapping ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi program, Dr. Mastura Mohd Sopian, serta taklimat ringkas perjalanan program oleh Encik  Ahmad Nizar Abd Hamid selaku pengelola program. 
Sebelum bermulanya aktiviti pendakian, peserta diwajibkan untuk stretching terlebih dahulu yang dikendalikan oleh Encik Muhammad Hazim Hussin iaitu Jurupulih Perubatan di IPPT, USM. 

                                                                                                                                                                                        Photo By PPUSMB
                                                                                                                                                                            Program Hiking & Mapping 2024
Program diteruskan dengan gimik pelepasan Program Hiking dan Mapping sekitar jam 8.30 pagi yang telah disempurnakan oleh Profesor. Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, Pengarah IPPT dan PPUSMB.
Pendakian ke puncak Bukit H mengambil masa selama 30 hingga 45 minit untuk sesi bergambar sebelum perjalanan diteruskan ke Pondok Sarapan yang mengambil masa 30 minit dari puncak.
Program Hiking dan Mapping diteruskan lagi dengan jamuan makan dan pelaksanaan aktiviti berkumpulan bagi menjawab soalan ibadah dan medikal dengan berpadukan pada mapping yang disediakan. Aktiviti ini dikendalikan oleh Encik Ahmad Nizar Abdul Hamid dan Puan Hamizah Ahmad bersama-sama dengan Dr. Mastura Mohd Sopian dan Ustaz Mohd Mohsin Sirun.
Program berakhir dengan sesi bergambar bersama semua peserta sekitar jam 12.30 tengah hari.

Photo By PPUSMB
            Program Hiking & Mapping 2024

Teks disediakan oleh:  Hamizah Ahmad  
Teks disunting oleh:  Dr. Mastura Mohd Sopian & Nur Aqilah Tajul Ashikin
Pusat Media dan Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
17 November 2024

Scroll to Top