Collaboration

Lawatan Rektor Universitas Yarsi, Jakarta, Indonesia ke IPPT dan PPUSMB Beri Peluang Teroka Kolaborasi Bersama

Published : 16 July 2024

LAWATAN UNIVERSITAS YARSI
PPUSMB, Bertam, July 15 2024 -

PPUSMB menerima lawatan Profesor Dr. Fasli Jalal iaitu Rektor, Universitas YARSI, Jakarta, Indonesia sempena dengan kehadiran pertama seramai empat orang pelajar Ijazah Sarjana Genetik Kaunseling Sarjana Sains Bioperubatan universiti berkenaan yang akan menjalani latihan praktikal di Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) selama dua minggu bermula 15 Julai 2024 sehingga 26 Julai 2024.

Photo By Norizan Ishak
Lawatan Universitas Yarsi


Delegasi lawatan disambut baik oleh Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin yang Menjalankan Fungsi Pengarah IPPT dan PPUSMB. Perbincangan dua hala antara kedua-dua buah universiti membuahkan cadangan potensi kolaborasi yang amatkan memberangsangkan merentasi bidang akademik, penyelidikan bersama, libatsama komuniti, dan lain-lain yang boleh diteroka bersama.
 
Program latihan praktikal pelajar yang akan berlangsung selama dua minggu ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti pembelajaran antaranya berkaitan Primary Immunodeficiency Clinic (PID) yang akan dikendalikan oleh Dr. Intan Juliana Abd Hamid, General Paediatric Clinic oleh Dr. Nur Arzuar Abdul Rahim dan Dr. Suria Emilia Suhana Othman Tan, Perbincangan Kes oleh Dr. Ahzad Hadi Ahmad dan Prof Dr. Narazah Mohd Yusoff, Cytogenetics/ Molecular Genetics Laboratory (Safety Briefing & Introduction Session) dan (Introduction to Fluorescence in Situ Hybridization (FISH) Technique) yang akan dikendalikan oleh Dr. Ahzad Hadi Ahmad selaku Pegawai Perubatan Kanan dan Ketua Unit Diagnostik Molekul CDL. Manakala pada minggu kedua latihan industri ini, para pelajar akan menjalankan sesi latihan dan perbincangan kes oleh pensyarah/pegawai perubatan yang terlibat iaitu Dr. Ahzad Hadi Ahmad dan Prof Dr. Narazah Mohd Yusoff.

Photo By Norizan Ishak
Lawatan Universitas Yarsi



Pelajar akan turut menjalani latihan di beberapa bahagian seperti makmal Sitogenetik/Genetik Molekul (Cytogenetics/Molecular Genetics Laboratory) serta Klinik Pediatrik Am.
Hadir sama adalah Profesor Dr. Narazah Mohd Yusoff, Profesor Dr. Mohd Nazalan Mohd Najimuddin, Profesor Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim, Dr. Ida Shazrina Ismail, Dr. Nur Arzuar Abdul Rahim, Dr. Intan Juliana Abd Hamid, Dr. Muhammad Amir Yunus serta Puan Naziroh Shafii.

Teks:  Nur Aqilah Tajul Ashikin
Disunting oleh : Naziroh Shafii
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
15 Julai 2024


Scroll to Top