.jpeg)
PENDAFTARAN MYDIGITAL ID DAN MYHRMIS MOBILE
SESI PENDAFTARAN MYDIGITAL ID DAN MYHRMIS MOBILE PERINGKAT IPPT 2025
KEPALA BATAS, PULAU PINANG- 24 Januari 2025: Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah menganjurkan kiosk pendaftaran myDigital ID dan MyHRMIS Mobile. Kiosk pendaftaran ini diadakan untuk tujuan pendaftaran myDigital ID dan MyHRMIS bagi warga IPPT di Sains@Bertam. Kiosk ini bermula dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.
Photo By Photo By Mohd Salleh Bin Abdul Rahman
PENDAFTARAN MYDIGITAL ID DAN MYHRMIS MOBILE
Pendaftaran dibuka kepada Warganegara Malaysia sahaja yang memiliki kad pengenalan manakala staf digalakkan memuat turun aplikasi MyHRMIS Mobile sebelum membuat pendaftaran MyDigital ID.
Objektif utama kiosk ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para kakitangan awam mengenai kemudahan pengesahan identiti secara digital bagi pengguna di Malaysia. MyDigital ID dapat digunakan untuk bertransaksi secara dalam talian dan berinteraksi dengan aplikasi. Selain itu, manfaat MyDigital ID termasuk mengurangkan risiko penipuan identiti dan mempermudahkan log masuk ke pelbagai aplikasi.
Photo By Photo By Mohd Salleh Bin Abdul Rahman
PENDAFTARAN
MYDIGITAL ID DAN MYHRMIS MOBILE
MyDigital ID dikembangkan oleh MIMOS Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).Melalui pendaftaran ini, diharapkan semua kakitangan dapat memudahkan log masuk ke pelbagai sistem yang disediakan oleh pihak kerajaan tanpa perlu mendaftar di pelbagai tempat, sekaligus melicinkan dan mempercepatkan proses urusan dengan aplikasi kerajaan.
Photo By Photo By Mohd Salleh Bin Abdul Rahman
PENDAFTARAN
MYDIGITAL ID DAN MYHRMIS MOBILE
Terdapat 6 fungsi MyHRMIS Mobile iaitu MyHRMIS, MyHRMIS SELF CHECK, MyHRMIS KELUAR PEJABAT, MyHRMIS PROFIL, MyHRMIS CAR dan MyHRMIS EGL. Dengan adanya pendaftaran MyDigital ID, secara tidak langsung dapat memudahkan kakitangan mendapatkan maklumat yang tepat dan cepat.
Photo By Photo By Mohd Salleh Bin Abdul Rahman
PENDAFTARAN
MYDIGITAL ID DAN MYHRMIS MOBILE
Teks disediakan oleh : Noor Akidah Binti Ubaidillah
Teks disunting oleh : Nur Aqilah Tajul Ashikin
Foto: Mohd Salleh Bin Abdul Rahman
PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
24 Januari 2025