Collaboration

SEMINAR STEMCELL TECHNOLOGIES DAN NEXT GENE SCIENTIFIC ANJURAN PROGRAM BREAST CANCER TRANSLATIONAL RESEARCH, IPPT

Published : 06 June 2023

Gambar 1
BERTAM, June 6 2023 -
Breast Cancer Translational Research Programme (BCTRP@IPPT) dan Jabatan Sains Bioperubatan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM), dengan kolaborasi STEMCELL Technologies dan Next Gene Scientific telah menganjurkan seminar yang bertajuk ‘Revolutionize your Research with STEMCELL Technologies, Advanced Tools and Solution for Life Science’ yang bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Penyelidikan dan Jaringan, ARC.
 
STEMCELL Technologies dengan bertemakan ‘Scientists helping Scientists’ merupakan syarikat saintifik yang terkenal dalam menyediakan media kultur sel yang berkualiti tinggi, teknologi pemisahan sel, instrumen, produk aksesori dan juga merupakan sumber kepada saintis di seluruh dunia untuk melakukan penyelidikan dalam dalam penghasilan sel stem, imunologi, kanser, perubatan regeneratif dan terapi selular.
 
Seminar berkenaan dengan ‘Cell isolation strategies, Induced Pluripotent Stem Cell (iPSC) dan 3D Culture and Modelling’ telah disampaikan oleh Dr Adeline Foo (Product and Scientific Support Specialist) dan juga disertai oleh Dr Jonathan Cox (Scientific Sales Representative) daripada STEMCELL Technologies, Singapura. Turut hadir bersama ialah Ms Lai Soo Wah, Ms Tan Yee Lin dan Ms Yeoh Chew Ee Ling mewakili Next Gene Scientific, Malaysia.
 
Program juga dihadiri oleh beberapa pensyarah IPPT termasuk Professor Madya Dr Badrul Hisham Yahaya (Ketua Program BCTRP@IPPT), Dr Mohammad Syamsul Reza Harun (Penasihat AMDI Student Association – ASA), Professor Madya Dr Bakiah Shaharuddin (BCTRP@IPPT), Dr Norfarazieda Hassan (BCTRP@IPPT), dan pelajar-pelajar pascasiswazah yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik dan aplikasi sel stem untuk penyelidikan mereka.
 
Seminar juga telah dilanjutkan dengan perbincangan di antara pihak BCTRP@IPPT dan STEMCELL Technologies/Next Gene Scientific untuk potensi kolaborasi dan sokongan teknikal bagi penyelidikan di IPPT di masa akan datang.

Teks asal & Foto: Dr. Norfarazieda Hassan/Suntingan: Mazlan Hanafi Basharudin
Scroll to Top