Kebanyakan pemandiri kanser payudara, terutamanya mereka
yang di peringkat advanced menghadapi masalah kehilangan semua atau sebahagian daripada
payudara melalui pembedahan payudara atau mastectomy. Isu ini kerap membawa
kepada masalah psiko-sosial semasa dalam tempoh pemulihan, seperti rasa rendah
diri, kebimbangan, kemurungan, isu imej badan, dan juga cabaran seksualiti.
Perubahan pada payudara dan persepsi feminity kewanitaan mereka boleh
mengakibatkan kemerosotan kualiti hidup atau “quality of life”. Aspek lain
untuk meningkatkan persepsi imej badan ialah penerimaan pemakaian “breast
psothesis” atau payudara palsu dan “mastectomy bra” atau coli mastektomi yang
boleh memulihkan harga diri, tahap keyakinan, kewanitaan dan seksualiti pesakit
kanser payudara. Halangan pemakaian prosthesis dan bra khas ini mungkinn
disebabkan oleh kurang pengetahuan, faktor sosial dan kewangan.
Justeru, projek ini adalah bagi menggalakkan pemandiri kanser payudara memakai prostesis payudara dan mastectomy bra yang sesuai. Kami juga memperkasa komuniti jahitan untuk menghasilkan bra yang sesuai untuk wanita selepas mastektomi untuk dipadankan dengan prosthesis.
Untuk tujuan ini, kami telah mengenal pasti komuniti jahitan seramai 25 orang tukang jahit yang telah menjahit mastectomy bra secara sukarela. Bengkel jahitan telah selamat diadakan pada 24hb September 2022. Sebanyak 65 pasang bra telah dapat dihasilkan.
Motivasi yang tinggi di kalangan para peserta untuk mencapai objektif bengkel