PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, 01 Ogos 2024 – PPUSMB menerima lawatan sambil belajar pelajar dan jururawat dari Universiti Sains Elektronik dan Teknologi China hari ini yang disertai oleh seramai 30 orang pelajar dan 3 orang jururawat.
Kunjungan lawatan ini disambut baik oleh Dr. Jasmin Jalil, Pensyarah Perubatan yang mewakili pihak Pengarah PPUSMB.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Antara tujuan lawatan kerja adalah sebagai salah satu pendedahan kepada pelajar dan jururawat berhubung teknologi terkini di dalam bidang perubatan di USM.
Dalam sesi lawatan ini, para pelajar dan jururawat dibawa melawat ke Unit Onkologi dan Radioterapi, Klinik Perubatan Nuklear, Wad Radioiodin, Klinik Perubatan Integratif, Unit Imejan dan Makmal Diagnostik Klinikal. Sesi lawatan pada sebelah petang pula dimulakan dengan sesi lawatan ke Unit Rehabilitasi dan seterusnya diikuti dengan majlis penutupan yang disempurnakan oleh Encik Azril Ali, Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Dekan di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Hadir sama meraikan sesi lawatan sambil belajar adalah Dr. Ahmad Zaimi Abdul Latiff, Pengarah Pusat Sejahtera (Pusat Perubatan dan Pergigian); Puan Hasniza Mohamad Hassan, Puan Norizan Syuhada Ahmad, Encik Hasdi Md Akhir dan Encik Fitri Amidi Ahmad.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Teks: Nur Aqilah Tajul Ashikin
Disunting oleh : Nurul Amira Mohd Ali
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
01 Ogos 2024