Community

“KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA (KRIS)” STEM OUTREACH - EMERGING INFECTIOUS DISEASE (EID)

Published : 27 September 2022

Poster
BERTAM, September 27 2022 -

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Suka cita dimaklumkan pihak program penyelidikan Emerging Infectious Disease, IPPT, USM dengan kolaborasi Kementerian Pengajian Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang bakal mengadakan satu program pencaknaan komuniti sekolah berkaitan penyakit-penyakit berjangkit selain menerapkan minat kepada bidang sains dan teknologi dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah. 


Usahasama yang akan dijalankan pada 27 Sept 2022 ini bakal melibatkan seramai sekitar 800 orang pelajar, guru-guru panitia sains, para pensyarah IPPT, pasukan kesihatan dari Pusat Perubatan USM Bertam dan guru-guru panitia sains SK Bertam Indah. 


Antara pengisian program ialah ceramah pengenalan virus, eksperimen pengekstrakan DNA, pameran poster penyakit berjangkit, saringan kesihatan dan demo teknik cucian tangan, kuiz serta pertandingan mewarna. 


Inisiatif ini diharapkan dapat merapatkan lagi translasi hasil penyelidikan kepada komuniti sekaligus memberi faedah kepada kesihatan masyarakat.

Scroll to Top