Kanser nasofarinks atau Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) adalah kanser yang tumbuh atau bermula di kawasan yang dipanggil nasopharynx atau belakang hidung (Imej 1).
1. Apakah FAKTOR RISIKO kanser nasofarinks?
a) Genetik - kanser ini paling kerap berlaku dalam kalangan mereka yang berketurunan Cina (49%), diikuti kaum Bidayuh di Sarawak dan lain-lain kaum pribumi Sabah dan Sarawak, dan orang Melayu juga direkodkan memiliki kekerapan yang tinggi. Kanser ini sangat jarang ditemui dalam kaum India. (Clinical Practice Guidelines, KKM).
b) Jangkitan virus Ebstein Barr (EBV)
c) Sejarah ahli keluarga pernah mengidap NPC atau kanser.
d) Faktor gaya hidup dan persekitaran seperti merokok, pengambilan diet ikan masin, pendedahan kepada bahan kimia dan industri yang berpanjangan (melebihi 10 tahun) juga menjadi faktor risiko untuk kanser nasofarinks ini.
2. Apakah GEJALA (Symptoms) yang dikaitkan dengan kanser ini?
c) Kurang pendengaran, telinga berdengung (kebiasaannya sebelah).
d) Sakit kepala, belakang mata atau muka.
e) Pandangan kabur atau berganda (double vision).
f) Lain-lain gejala umum seperti kurang sihat, demam berpanjangan, sukar menelan, kurang selera makan dan berat badan menurun.
a) Pengesahan diagnosis boleh dilakukan dengan pemeriksaan endoskopi ke dalam rongga hidung dan tisu untuk pemeriksaan histopatologi diambil daripada kawasan nasofarinks yang disyaki ada ketumbuhan.
b) Penyiasatan pengimejan seperti Magnetic Resonance Imaging, MRI dan Computed Tomography, CT scan juga akan dilakukan untuk membantu diagnosis.
a) Antara rawatan terkini yang boleh dilakukan adalah gabungan Radioterapi dan Kemoterapi (Concurrent Chemoradiothrapy, CCRT) dan menggunakan teknologi Intensity Modulated Radiotherapy (IMRT) untuk radioterapi. Pengalaman penulis di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM Bertam sejak memulakan perkhidmatan radioterapi pada 2015 telah merawat lebih 100 pesakit kanser nasofarinks dengan kadar penyembuhan dianggarkan melebihi 70 peratus (tertakluk kepada tahap). Namun begitu, terdapat pelbagai kaedah lain atau gabungan protokol rawatan yang pelbagai bergantung kepada keupayaan kepakaran dan teknologi yang ada di institusi perubatan tersebut, tahap penyakit dan pesakit.
b) Kebanyakan pusat-pusat rawatan onkologi dan radioterapi di seluruh negara mampu memberikan rawatan yang tepat untuk kanser nasofarinks. Pesakit tidak perlu bimbang dan risau tentang kaedah rawatan dan komplikasi kerana rawatan dan sokongan yang berterusan akan diberikan kepada pesakit agar mereka dapat menyelesaikan rawatan dengan sempurna dan kembali pulih.
a) Kanser ini merupakan antara kanser yang memiliki kadar kesembuhan yang tinggi berbanding kanser-kanser yang lain. Anggaran kadar penyembuhan yang dilaporkan oleh pelbagai jurnal dan badan antarabangsa adalah pada tahap melebihi 80 peratus untuk kanser tahap 1 dan 2.
Secara rumusannya kanser nasofarinks ini boleh dirawat dengan berkesan serta mempunyai peluang kesembuhan yang amat cerah jika dapat dikesan pada tahap awal (1 dan 2) dan melalui semua proses pemeriksaan dan rawatan yang disediakan. Malahan, pesakit tahap 3 dan 4 juga berpotensi untuk mendapat kesembuhan yang sepenuhnya jika berupaya melalui proses rawatan dengan sempurna.
Rujukan