Collaboration

Lawatan "Penang Palliative Care Provider" Ke PPUSMB

Published : 21 December 2022

Lawatan "Penang Palliative Care Provider" Ke PPUSMB
BERTAM, December 20 2022 -

"Penang Palliative Care Provider" telah mengadakan kunjungan lawatan ke Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) pada pagi tadi.


Antara tujuan utama lawatan ini adalah untuk pengenalan perkhidmatan klinikal di PPUSMB dan terutamanya Unit Paliatif PPUSMB. 





Turut hadirsama dalam sesi lawatan ini adalah Dato Seri Dr. T Devaraj, Pn Chitra Alagan, Dr. Tan Pih Lee dari Penang Hospice Society, Dr. Lim Liang Yik dari Palliative Care Specialist (Hospital Pulau Pinang), Venerable Lyan Shih dan Dr. Loo Chia Ming dari Penang Pure Lotus, Dr. Oo Loo Chan dari Charis Hospice dan Dr. Elizabeth dan Matron Siti Aminah dari Mount Miriam Cancer Hospital.


Seterusnya, lawatan diteruskan ke wad pesakit dalaman, unit rawatan harian, unit onkologi dan juga di unit radioterapi.




Dalam lawatan ini juga turut mengiringi semua wakil adalah Dr. Siti Khairizan Rahim, Timbalan Penyelaras Unit Paliatif (PPUSMB) juga merupakan Pengerusi Majlis, Dr. Fitreena Anis Amran, Ketua Perkhidmatan Perubatan dan Pembedahan, Dr. Mohamad Zulfadhli Abdullah, Pegawai Perubatan, Dr. Nor Amalina Abd Latif, Pegawai Perubatan, Pn. Law Kim Sooi, Ketua Jururawat dan Pn. Norjalilah Umar, Pn. Nor Na'Aimah Aznan dan Pn. Munirah Mohamed, Jururawat.


Selain itu, lawatan ini dapat mengumpulkan semua wakil dari fasiliti yang memberikan perkhidmatan paliatif di seluruh Pulau Pinang (Pulau dan Seberang Perai) yang terdiri daripada organisasi kerajaan, organisasi bukan kerajaan, organisasi kebajikan dan juga swasta. 





Unit Paliatif IPPT telah bermula sejak tahun 2006 dan melalui beberapa proses perpindahan dari hospital kepala batas ke rumah Hospis Fatimah Az-zahra dan akhirnya bermula di bangunan klinikal IPPT pada tahun 2015 dan lebih berkembang pada tahun 2017 dengan menawarkan perkhidmatan klinik paliatif, lawatan ke rumah dan penambahan perkhidmatan rawatan di kecemasan mulai 2022. 


Selaras dengan itu, terdapat juga perbincangan untuk memudahkan proses rujukan kes paliatif di seluruh Pulau Pinang mengikut zon kawasan dan perkhidmatan yang boleh diberikan oleh setiap organisasi.  


Perbincangan juga menyentuh pendidikan paliatif seperti menjadikan PPUSMB sebagai pusat latihan untuk jururawat, komuniti dan sukarelawan.



Sumber: Dr. Khairizan Rahim/Suntingan: Mahirah Mahyidin




Scroll to Top