Achievement

AMDI T.O.W. Team Johan Tarik Tali Pesta Sukan Rakyat Kepala Batas 2023

Published : 25 July 2023

Barisan atlit AMDI T.O.W. Team yang menyertai acara Tarik Tali Pesta Sukan Rakyat Kepala Batas 2023.
PADANG PUSAT KOMUNITI KAMPUNG TOK BEDU, TASEK GELUGOR, July 23 2023 -

AMDI T.O.W.Team (Pasukan Tarik Tali IPPT/PPUSMB) atau juga dikenali sebagai AMDI Panthers telah berjaya meraih Johan dalam acara Tarik Tali di Pesta Sukan Rakyat Kepala Batas yang berlangsung pada 23 Julai 2023 di Padang Pusat Komuniti Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor. AMDI Panthers berjaya menewaskan Ultimate Gym dari Penaga 2-0 dalam aksi akhir yang sengit dan mendebarkan.


Aksi AMDI T.O.W. Team di peringkat kumpulan.

AMDI T.O.W. Team telah disertai oleh Mohamad Firdaus Harun (Unit Farmasi), Muhamad Azmin Othman (Unit Kejururawatan), Ashahri Idrus (Unit Kejururawatan),
Mohd Harizal Abu Bakar (Seksyen Keselamatan), Noor Taufik Jamaluddin (Seksyen Keselamatan), Shamsuri Idris (Seksyen Keselamatan), Mohd Jasmie Ikhram Ab Rahaman (Seksyen Pengurusan), Mohd Shukur Abidin (Seksyen Pengurusan), Ahmad Faisal Mohamad Yosop (BHEPA) dan Mohd Abdillah Zamil Md Saad (PPKT).


Penyampaian hadiah Johan Tarik Tali Pesta Sukan Rakyat oleh YB Dr Siti Mastura Muhammad, Ahli Parlimen Kepala Batas.

Sebelum ini, AMDI T.O.W. Team telah berjaya meraih Johan di dalam Acara Tarik Tali, Temasya Olahraga Tahunan USM ke-46 pada bulan Jun 2023 yang lalu.
Menurut Mohd Harizal Abu Bakar yang juga merupakan Jurulatih AMDI T.O.W. Team, kemenangan ini boleh meningkatkan motivasi dan tonik yang baik kepada pasukan dalam persiapan untuk bertanding di dalam Hari Warga Staf USM 2023 yang bakal diadakan pada 25-26 Ogos 2023 di Kampus Kesihatan USM, Kelantan.

AMDI T.O.W. Team bergambar kenang-kenangan bersama YB Dr Siti Mastura Muhammad, Ahli Parlimen Kepala Batas selepas acara berakhir.


Scroll to Top