Achievement

Skuad Ping Pong Kontingen Zon 10 (IPPT/PPUSMB) Meraih Tempat Ke-3 Dalam SUKJAB 2024

Published : 13 March 2024

Skuad Ping Pong Kontingen Zon 10 (IPPT/PPUSMB) dalam Sukan Antara Jabatan & Pusat Pengajian (SUKJAP) 2024
DEWAN AMPS, PUSAT ISLAM USM, March 7 2024 -

PADU!! Itulah yang boleh diungkapkan bagi sebuah pasukan kecil Skuad Ping Pong Kontingen Zon 10 (IPPT/PPUSMB) dalam aksi Acara Ping Pong Sukan Antara Jabatan & Pusat Pengajian (SUKJAP) 2024 yang berlangsung pada 7 Mac 2024 di Dewan AMPS, Pusat Islam USM.




Aksi Skuad Ping Pong Kontingen IPPT/PPUSMB @ SUKJAP 2024
Photo By NORMADEHAH MOHD RAZALI

Skuad Ping Pong Zon 10 dikemudi oleh Pengurus Pasukan, Mohammad Fairos Yahya yang berada dalam Kumpulan A bersama-sama dengan Mohd Noor Solehhin Mehamad Yunus, Mohd Faisol Ahmad Marzuki, Zambri Zainol, Mohd Lokman Mukhtar, Noorsyazana Soaid, Jazlia Bolia, Khairun Nisak Abdul Rahim dan Ooi Cheong Hwa.

Aksi Skuad Ping Pong Kontingen IPPT/PPUSMB @ SUKJAP 2024
Photo By NORMADEHAH MOHD RAZALI

Bagi Kumpulan B pula terdiri daripada Nor Redwan Mohamed Yusof, Mohd Azizudin Mat Lazim, Nik Ubaidillah Muhammad Nor, Mohd Azman Ahmad Bistaman, Khadijah Abdul Hamid, Kamal Rizal Ishak, Najwa Hazwani Mazli dan Salmiah Ramli.


Aksi Skuad Ping Pong Kontingen IPPT/PPUSMB @ SUKJAP 2024
Photo By NORMADEHAH MOHD RAZALI

Walaupun Kumpulan B terkandas di peringkat kumpulan, mereka tidak memberikan laluan mudah kepada setiap pasukan yang bertembung. Perjuangan Skuad Ping Pong diteruskan oleh Kumpulan A setelah berjaya meraih Juara di peringkat kumpulan dan memberikan tentangan yang sangat sengit sebelum mengakhiri langkah di Separuh Akhir untuk meraih Tempat Ke-3.


Aksi Skuad Ping Pong Kontingen IPPT/PPUSMB @ SUKJAP 2024
Photo By NORMADEHAH MOHD RAZALI

TAHNIAH SKUAD PING PONG KONTINGEN ZON 10 (IPPT/PPUSMB)!

Scroll to Top