AMDI Story

BENGKEL `MASTERING THE BASICS: HANDS-ON CELL CULTURE TECHNIQUES` OLEH BAHAGIAN PENYELIDIKAN, INOVASI DAN JARINGAN (BPIJ), IPPT BERI PENDEDAHAN LUAS KEPADA STAF DAN PELAJAR MENGENAI PRINSIP DAN TEKNIK ASAS KULTUR SEL

Published : 17 June 2025

PROGRAM HANDS ON CULTURE 2025
KOMPLEKS PENYELIDIKAN HAIWAN (ARC), IPPT , June 17 2025 -

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 17-18 JUN 2025:  Kumpulan Pegawai Penyelidik, Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan (BPIJ) Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), dengan kerjasama bersama Apical Scientific Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Bengkel `Mastering the Basics: Hands-On Cell Culture Techniques` kepada staf dan pelajar sarjana dan doktor falsafah dari USM dan UiTM.

Photo By NORIZAN ISHAK
PROGRAM HANDS ON CULTURE 2025


Fokus utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai prinsip dan teknik asas kultur sel, menyediakan latihan praktikal secara langsung dalam pengendalian sel, serta meningkatkan keyakinan peserta dalam mengaplikasikan teknik kultur sel di dalam persekitaran makmal sebenar.

Photo By NORIZAN ISHAK
PROGRAM HANDS ON CULTURE 2025


Sesi teori telah disampaikan oleh Puan Mana Shimotsuma, iaitu penceramah dari Nacalai Tesque, Jepun beserta dua orang wakil dari Apical Scientific Sdn. Bhd. Manakala sesi guna tangan (hands-on) di makmal dikendalikan oleh beberapa orang Pegawai Penyelidik dari BPIJ, IPPT iaitu Dr. Siti Aminah Ahmed, Dr. Nurdianah Harif Fadzilah, Dr. Nizuwan Azman, Puan Zaleha Md Toha dan Cik Siti Fatimah Samsurrijal.

Photo By NORIZAN ISHAK
PROGRAM HANDS ON CULTURE 2025


Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan) IPPT, Prof. Dr. Badrul Hisham Yahaya bagi pihak Pengarah dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Pengerusi Program, Dr. Siti Aminah Ahmed dan kumpulan Pegawai Penyelidik IPPT atas penganjuran bengkel yang bermanfaat dan memberi impak positif kepada peserta yang terlibat.
Program yang berlangsung selama dua hari ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan penglibatan seramai 33 orang peserta untuk sesi teori dan 21 orang peserta untuk sesi praktikal. 

Photo By NORIZAN ISHAK
PROGRAM HANDS ON CULTURE 2025



Teks disediakan oleh: Cik Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Dr. Siti Aminah Ahmed
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
18 Jun 2025

Scroll to Top