Announcement

JEMPUTAN MENGHADIRI FORUM BERTAJUK RAWATAN KANSER DAN KESANNYA KEPADA KESIHATAN PESAKIT

Published : 08 August 2023

Poster
PPUSMB, August 23 2023 -
Assalamualaikum wbth dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Profesor/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, 

JEMPUTAN MENGHADIRI FORUM BERTAJUK RAWATAN KANSER DAN KESANNYA KEPADA KESIHATAN PESAKIT

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) melalui Breast Cancer Translational Research Program (BCTRP@IPPT) dengan kerjasama Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) akan menganjurkan beberapa siri forum, pertandingan dan saringan kesihatan bersempena dengan Program Kesedaran Kanser Payudara dan Pink October 2023 bermula bulan Julai hingga ke kemuncak sambutan pada Oktober 2023. 

Program yang disokong oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Badan Sokongan Pesakit Kanser Seberang Perai dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara di kalangan masyarakat di Pulau Pinang dan utara semenanjung Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang bertemakan "We Care" telah dirancang bagi memupuk kesedaran tentang saringan dan pengesanan awal, memupuk pengetahuan berkaitan risiko dan rawatan serta membangunkan sistem sokongan di kalangan komuniti setempat dalam meningkatkan kualiti hidup pesakit dan emosi keluarga yang terkesan dengan penyakit kanser payudara.

Susulan itu, pihak penganjur dengan sukacitanya menjemput warga USM dan masyarakat sekitarnya untuk menyertai forum yang akan dianjurkan pada ketetapan berikut:

Tajuk : “Rawatan Kanser dan Kesannya kepada Kesihatan Pesakit” 
Tarikh : 23 Ogos 2023 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Lobi Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB), Bertam, Kepala Batas
Moderator: Dr. Noor Mastura binti Mohd Mujar
Panel : Dr. Siti Khairizan Rahim, Dr. Jasmin Jalil dan En. Mohd Ikhwan Hashim

Warga USM dan ahli masyarakat juga boleh mengakses kepada forum di atas dengan mengikutinya secara langsung di platform Facebook dan YouTube:
1. Facebook AMDI : https://www.facebook.com/ipptusm
2. Facebook PPUSMB : https://www.facebook.com/ppusmb
3. YouTube AMDI : https://www.youtube.com/watch?v=NqIWdup4XW4

BCTRP@IPPT dan PPUSMB amat berbesar hati menjemput warga USM dan masyarakat Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada komuniti yang mendokong usaha murni bagi memperkasakan golongan wanita dalam meningkatkan kesedaran mereka tentang kanser payudara. Hal ini termasuklah dengan menyediakan sokongan kepada pemandiri kanser (cancer survivors), dan memastikan ketercapaian kepada sumber-sumber maklumat dan rawatan untuk komuniti yang pelbagai latarbelakang. Dengan menangani isu kesihatan yang penting ini, program ini berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan wanita ke arah masyarakat yang lebih inklusif.

Mata MyCPD akan diberikan kepada staf yang hadir. Kerjasama dan sokongan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Profesor/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan forum ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


PROF MADYA DR BADRUL HISHAM YAHAYA
Ketua, Breast Cancer Translational Research Program (BCTRP@IPPT)
Pengerusi Jawatankuasa Program Kesedaran Kanser Payudara & Pink October 2023
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)
Universiti Sains Malaysia, Bertam
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia

Scroll to Top