Seramai 60 graduan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana sempena Upacara Konvokesyen ke-62 Universiti Sains Malaysia yang sedang berlangsung mulai 19 hingga 26 November 2024.
Graduan Ijazah Doktor Falsafah menghadiri Istiadat Konvokesyen Sidang Kedua pada 20 November 2024. Ijazah Doktor Falsafah ini disampaikan oleh Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia Tan Sri Dato’ Dr. Jegathesan Manikavasagam, FASc. di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM Pulau Pinang.
Photo By NUR AQILAH TAJUL ASHIKIN
Upacara Konvokesyen ke-62 Universiti Sains Malaysia
Seramai 23 graduan Ijazah Doktor Falsafah yang menghadiri istiadat konvokesyen pada hari ini terdiri daripada 11 graduan dari Malaysia dan 12 graduan dari luar negara iaitu enam (6) graduan dari China, dua (2) graduan dari Bangladesh, dan masing-masing seorang (1) dari Iraq, Indonesia, Sudan dan Libya.
Para graduan yang terdiri daripada 22 graduan telah menerima Ijazah Kedoktoran penyelidikan (research) sepenuh masa (full time) manakala seorang (1) graduan menerima Ijazah Kedoktoran penyelidikan (research) secara sambilan (part time).
Para graduan Ijazah Doktor Falsafah ini adalah terdiri daripada pelbagai jenis program pengajian iaitu program Biomedicine iaitu seramai sembilan (9) graduan, dan program Immunology terdiri daripada dua (2) graduan. Manakala bagi program pengajian seperti Nutrition, Maxillofacial Surgery, Pharmaceutical Technology, Molecular Biology, Medical Physics and Radiology, Biomaterial, Clinical Sciences, Medical Genetics dan Pharmacology masing-masing seorang (1) graduan yang bergraduat di bawah program pengajian tersebut.
Photo By NUR AQILAH TAJUL ASHIKIN
Upacara Konvokesyen ke-62 Universiti Sains Malaysia
Manakala, penganugerahan Ijazah Sarjana pula telah berlangsung dalam Sidang Ketiga pada sesi petang dengan seramai 37 graduan dari IPPT telah dianugerahkan Ijazah Sarjana di mana 23 graduan adalah dari Malaysia, 12 graduan dari China serta seorang (1) graduan masing-masing dari Yemen dan Bangladesh.
Seramai 11 graduan telah menerima Ijazah Sarjana Sains (Clinical Exercise Science) mod pengajian kerja kursus sepenuh masa, enam (6) graduan menerima anugerah Ijazah Sarjana Sains (Medical Research) dalam mod pengajian campuran (mixmode) sepenuh masa.
Bagi program Sarjana Sains (Health Toxicology) dan Sarjana Perubatan (Transfusion Medicine), masing-masing empat (4) graduan yang telah menerima Ijazah Sarjana dalam mod pengajian yang berbeza iaitu secara campuran (mixmode) dan kerja kursus sepenuh masa.
Tiga (3) graduan menerima Ijazah Sarjana Perubatan (Nuclear Medicine) melalui mod pengajian secara kerja kursus sepenuh masa dan dua (2) graduan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Sains (Clinical Sciences) dalam mod pengajian penyelidikan (research).
Manakala bagi program pengajian Sarjana Sains seperti Biomedicine, Dentistry, Human Genetics, Medical Physics, Molecular Biology, Sports Science dan Chemistry, masing-masing seorang (1) graduan yang bergraduat di bawah program pengajian tersebut.
Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin – Pengarah IPPT meluangkan masa menyantuni para graduan sambil bergambar mesra. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua para graduan daripada Pengarah dan seluruh warga IPPT.
Photo By NUR AQILAH TAJUL ASHIKIN
Upacara Konvokesyen ke-62 Universiti Sains Malaysia
Teks Disediakan oleh: Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks Disunting oleh : Naziroh Shafii
Foto: Nur Aqilah Tajul Ashikin
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
21 November 2024