Achievement

Warga IPPT sertai Kempen Jom Baca Bersama 2020

Published : 23 April 2020


IPPT,BERTAM, April 23 2020 - Warga Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia telah mengambil peluang untuk menyertai "Kempen Jom Baca Bersama 2020" peringkat kebangsaan sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia. Kempen ini diadakan serentak di seluruh Malaysia dan telah mendapat kerjasama baik daripada pelbagai pihak.

Walaupun negara masih di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan ketika ini, warga IPPT tidak melepaskan peluang bersama-sama menyertai dan menyambut baik kempen yang diadakan.

 

Menerusi penyertaan ini, para peserta juga berpeluang berkongsi gambar dan video aktiviti membaca di rumah dengan memuat naik secara terus ke media sosial dan meletakkan hashtag jombacabersama.

Kempen Jom Baca Bersama ini merupakan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam serta Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan memberikan kesedaran umum terhadap amalan membaca tanpa mengira taraf sosial dan status ekonomi dalam masyarakat kita pada masa kini.


Scroll to Top