Collaboration

IPPT Anjur Program 'Enhancing Profesionalism in Nursing'

Published : 09 December 2022

Gambar 1
SAINS@BERTAM, December 9 2022 -
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah berjaya menganjurkan dua program khas kepada staf yang terpilih.  
Program pertama iaitu Enhancing Profesionalism in Nursing diadakan di Auditorium Sains@Bertam  pada 5 dan 6 Disember 2022 melibatkan penyertaan seramai 40 staf jururawat. 

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada staf jururawat tentang kepentingan pembangunan profesional dan memperkukuh imej profesional dalam kalangan jururawat. 



Program tersebut membentuk ke azam an pihak pengurusan IPPT agar sentiasa berikhtiar untuk memberi sokongan dan komitmen dalam kemajuan organisasi  dan peningkatan profesionalisme dalam kalangan staf.

Manakala program kedua pula bertajuk Perhubungan Awam Untuk Staf Hospital  diadakan pada 7 dan 8 Disember 2022 dan seramai 40 peserta  telah menghadiri kursus tersebut bertempat di Auditorium Sains@Bertam. 



Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada staf tentang elemen-elemen perhubungan awam dan Effective Interpersonal Relationship In Health  Care di mana kepuasan pelanggan diutamakan khususnya dalam menyelaras aduan pelanggan terhadap perkhidmatan IPPT untuk  menonjolkan imej positif  IPPT di kaca mata  pelanggan.

Kedua-dua kursus ini telah dijayakan dengan bimbingan tiga orang penceramah jemputan iaitu Encik Iskandar Ahmad, Puan Abidah Yasin dan Cik Puziah Md Zain.

Teks: Law Kim Sooi
Scroll to Top