Collaboration

Penganjuran bersama “Transfusion Medicine Colloquium and Case Based Discussion” bersama Rakan Koloborasi Antarabangsa dari Indonesia

Published : 08 March 2024

Poster Program
SURABAYA, INDONESIA, December 8 2023 -

IPPT USM mencatat suatu pencapaian koloborasi perkongsian ilmu dengan penganjuran “Transfusion Medicine Colloquium and Case Based Discussion” bersama rakan koloborasi antarabangsa - Departemen Patologi Klinik Rumah Sakit Umum Dr. Soetomo dan Fakultas Kedokteran Universitas Airlangga (UNAIR), Surabaya, Indonesia. Program ini telah diadakan pada 8 Disember 2023 yang lepas secara bersemuka dan hybrid di platform maya “Zoom”, melibatkan peserta dari Malaysia dan Indonesia. Program ini merupakan salah satu aktiviti Program Mobiliti Kepakaran Perubatan Transfusi, IPPT USM Ke Fakultas Kedokteran UNAIR, Surabaya yang telah melibatkan 15 orang pelajar bersama 2 orang pensyarah pengiring dari IPPT, USM bermula 3 Disember sehingga 9 Disember 2023 melalui inisiatif “matching grant” diantara Pusat Mobiliti dan Koloborasi Antarabangsa (IMCC) USM bersama IPPT. Program ini mendokong 2 agenda kelestarian iaitu SDG 16 (Peace, Justice dan strong Institutions) dan juga SDG 17 (Partnerships for the goals). Program ini adalah kali yang pertama melibatkan antara 2 kumpulan pelajar, iaitu pelajar dari Program Sarjana Perubatan (Perubatan Transfusi) dari IPPT, USM Malaysia dan pelajar dari Program Studi Kepakaran Klinikal Patology dari Fakulti Kedokteran Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia.

Program kolokium ini bermula dengan kuliah plenary dari pembentang IPPT, USM dan Fakulti Kedokteran Universitas Airlangga (UNAIR). Dr. Nur Arzuar Abdul Rahim, pensyarah perubatan dan pakar pediatrik memberikan pembentangan bertajuk “Pediatric Tranfusion Medicine” di ikuti oleh Dr. Sharifah Azdiana Tuan Din, pensyarah perubatan dan pakar perubatan transfusi membentangkan penyelidikkan beliau bertajuk “Evaluation of the Pre-Storage Leucoreduction Effect on Pro and Anti-tumour Cytokines in RBC during storage”. Manakala rakan dari UNAIR iaitu Dr. Pradana Zaky Ramadhon, pakar perubatan onkologi membentangkan topik berkaitan reaksi transfusi yang di ikuti oleh Dr. M Noor Diansyah, pakar perubatan dalaman yang membentang isu berkaitan transfusi darah: Indikasi dan Jenis komponen darah. Penyertaan peserta dari platform maya Zoom pula mencatatkan seramai 150 orang peserta dari seluruh Indonesia. Manakala 5 orang pelajar sarjana perubatan (Perubatan Transfusi) yang turut hadir di Rumah Sakit Umum Dr. Soetomo, Surabaya turut membentang kes unik dari Malaysia di kolokium tersebut. Berikut merupakan senarai pembentang yang merupakan pelajar sarjana perubatan (perubatan Transfusi) dari Malaysia

1.       Transfusion-Related Acute Lung Injury (TRALI) - Dr. Sudarcini A/P Arumugam

2.       Delayed Transfusion Reactions - Dr. Tharani A/P Vedikaran

3.       Bug or Bag Bite: Transfusion-Transmitted Dengue Infections - Dr. Marysia Gapin

4.       Haemoglobin Discrepancy in a case of Hemoglobinopathy - Dr. Syed Muhammad Adli Aljunid

5.       Late blood component Transfusion lead to DIC in postpartum Hemorrhage patients - Dr. Nabila Huda Binti Arifin


Sebahagian Pembentang

 
Sesi soal jawab diantara pembentang dengan peserta telah menyemarak lagi aktiviti ini disamping menggalakkan peluang berkoloborasi antara dua institusi dalam bidang penyelidikkan berkaitan perubatan transfusi.







SDG 16 - Promote peaceful and inclusive societies for sustainable development, provide access to justice for all and build effective, accountable and inclusive institutions at all levels
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top