AMDI Story

SEMINAR KELESTARIAN SIRI 1: PEJABAT HIJAU DAN AUDIT PERINGKAT IPPT/PPUSMB

Published : 12 June 2024

Image 1, Para peserta yang hadir secara bersemuka di Bilik Seminar ARC, IPPT
BILIK SEMINAR ARC, May 16 2024 -

Bahagian Klinikal, Kelestarian & Piawaian, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB), Mei 16 2024

 

Bertempat di Bilik Seminar ARC dan secara dalam talian Webex, satu seminar kelestarian siri 1 yang bertajuk Pejabat Hijau Dan Audit Peringkat IPPT/PPUSMB telah dijalankan. Seminar ini telah disampaikan oleh Penyelaras Kampus Sejahtera USM iaitu ChM. Dr. Normaliza binti Abdul Manaf. Para peserta yang hadir secara bersemuka terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kelestarian ARC, PPUSMB, Sains@Bertam, wakil pejabat pentadbiran, wakil pengurusan dan warga staf IPPT serta PPUSMB seramai 30 orang secara dalam talian.


Secara amnya pejabat hijau ini melibatkan amalan, pelaksanaan dasar dan panduan seharian yang boleh digunapakai di pejabat bagi mengurangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang ke atas alam sekitar. Terdapat lima (5) komponen yang diamalkan oleh pihak USM dalam merealisasikan Pejabat Hijau iaitu;

Komponen A : Pembelian Peralatan Pejabat dan Alat Tulis yang memenuhi Prinsip Perolehan Hijau

Komponen B : Pengurusan Sisa

Komponen C : Kecekapan Sumber

Komponen D : Kesihatan dan Keselamatan

Komponen E : Penglibatan Staf dan Komuniti


 

Beberapa pendekatan lestari dan mesra alam diintegerasikan bagi mengendalikan ruang pejabat di pusat pengajian, pusat penyelidikan, pusat perkhidmatan dan desasiswa dalam usaha untuk penjimatan kos serta peningkatan semangat dan produktiviti warga kampus USM. Antaranya adalah dengan menerapkan prinsip dan prosedur perolehan hijau dalam urusan hal ehwal kewangan seperti pembelian peralatan pejabat dan alat tulis yang cekap tenaga, penggunaan barangan yang diperbuat daripada bahan kitar semula serta penggunaan produk yang boleh guna semula.

 

Manakala dari segi kecekapan sumber pula, staf dan pelajar digalakkan untuk berbasikal atau berjalan kaki di dalam kampus, mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dengan mematikan lampu dan mencabut peranti apabila tidak digunakan serta lebih banyak menggunakan sistem pencahayaan, pemanasan dan penyejukan yang cekap tenaga. Program pengurusan sisa yang komprehensif yang merangkumi proses kitar semula, pengkomposan dan pengurangan plastik sekali guna di dalam kampus juga turut diberi penekanan melalui kempen pejabat hijau ini.


Disamping itu, para peserta diberikan sedikit taklimat berkenaan dengan pelaksanaan audit yang akan bermula Jun 2024 sehingga Ogos 2024. Pengiktirafan akan diberikan kepada pusat tanggunjawab yang berjaya memperolehi penilaian sebanyak 5 daun.

 

Diharapkan dengan adanya seminar kelestarian ini, para peserta telah memperoleh ilmu yang bermanfaat berkenaan dengan amalan hijau dan dapat mempraktikkannya sama ada di tempat kerja, di dalam kawasan kampus dan juga di rumah.


 

Disediakan oleh:

Puan Athirah Raihanah Abdul Wahab

Puan Norjana Ismail


SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top