Achievement

IPPT Raih Tempat Pertama Dalam Pertandingan 3MT Peringkat Kebangsaan

Published : 19 June 2024

PERTANDINGAN 3MT PERINGKAT KEBANGSAAN
Auditorium Teknologi, Multimedia Fusion, Akademia, Siber Teknopolis, Universiti Kebangsaan Malaysia, June 19 2024 -

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG, 19 JUN 2024 -  Pertandingan THREE MINUTE THESIS atau dikenali sebagai Pertandingan 3MT merupakan pertandingan komunikasi penyelidikan yang dibangunkan oleh University of Queensland, Australia sejak tahun 2008. Pertandingan ini diadakan setiap tahun yang melibatkan pelbagai institusi pengajian tinggi di Peringkat Kebangsaan selari dengan usaha untuk meningkatkan mutu kecemerlangan akademik dan pengalaman penyelidikan bagi menyediakan graduan yang berdaya saing dan mampan.

                                                                              

                                                                                                                                                              Photo By NIK NUR SYAZNI
                                                                                                                                                PERTANDINGAN 3MT PERINGKAT KEBANGSAAN

Pertandingan 3MT di Peringkat Kebangsaan pada tahun ini berlangsung di Auditorium Teknologi, Multimedia Fusion, Akademia, Siber Teknopolis, Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah dijalankan pada 13 Jun 2024. Pertandingan ini melibatkan pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD) untuk membentangkan pidato penyelidikan mereka secara tuntas dalam masa yang diperuntukkan selama tiga minit kepada panel juri dan penonton dari latar belakang yang berbeza. Peserta Pertandingan 3MT perlu membentangkan idea dan penemuan penyelidikan mereka dengan ringkas dan padat dengan cara yang menarik menggunakan satu slaid pembentangan dalam masa yang diperuntukkan.

                                                                            

                                                                                                                                                             Photo By NIK NUR SYAZNI
                                                                                                                                                PERTANDINGAN 3MT PERINGKAT KEBANGSAAN


Empat orang pelajar Ph.D. yang mewakili USM dalam Pertandingan 3MT peringkat Kebangsaan terdiri daripada Alexander Tan Wai Teng (Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal), Vanesri A/P Kasi (Pusat Pengajian Pendidikan), Arathai Din Eak (Pusat Pengajian Jarak Jauh) dan Hamidah Mohd Zain (Institut Perubatan dan Pergigian Termaju). Pelajar-pelajar ini telah memenangi tempat pertama dalam kategori Kejuruteraan, Sains Sosial dan Sains dan Teknologi, mewakili pusat pengajian masing-masing dalam Pertandingan 3MT di peringkat USM yang diadakan pada 7 November 2023 yang lalu dan telah menjalani proses bimbingan yang rapi oleh Institut Pengajian Siswazah (IPS).

IPPT berjaya merangkul tempat pertama dalam kategori Sains, Kejuruteraan dan Teknologi yang dianugerahkan kepada Cik Hamidah Mohd Zain dengan tajuk pembentangan “Propolis from Kelulut: Extinguishing the Flame of Inflammation”, merupakan pelajar PhD (Mod Penyelidikan Sepenuh Masa) di Jabatan Toksikologi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia.
Pelajar di bawah seliaan Dr. Nik Nur Syazni Nik Mohamed Kamal (Penyelia Utama)  ini akan mewakili Malaysia untuk Pertandingan 3MT Asia Pasifik di Queensland University, Australia yang akan berlangsung pada Oktober 2024. Beliau juga banyak mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih 3MT iaitu Dr. Marlina Jala dan Dr. Peter Chong dari Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan daripada Pengarah dan seluruh warga Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) serta Pusat Perubatan USM Bertam kepada semua pemenang  yang telah berjaya dalam pertandingan ini.
Turut diserikan lagi dengan kehadiran Assoc. Prof. Dr. Hasrina Mustafa (Timbalan Dekan IPS, Pusat Pengajian Komunikasi), Prof. Dr. Fauziah Ahmad (Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam), dan Dr. Nur Azzalia Kamaruzaman (Pengarah Pusat Racun Negara) selaku pembimbing dan jurulatih teknikal. Antara staf sokongan Teknikal IPS yang hadir ialah Encik Ahmad Fitri Romli, Encik Mohd Daud Junus, Encik Ihsanul Anwar Shamsur Rahim, Cik Shafiqah Suhaila Mohamed dan Cik Farah Najwa Muhammad Hamdan.


                                                                                   

                                                                                                                                                                        Photo By NIK NUR SYAZNI
                                                                                                                                                        PERTANDINGAN 3MT PERINGKAT KEBANGSAAN                                                                                                           

Teks disediakan oleh:  Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Nik Nur Syazni Nik Mohamed Kamal

Scroll to Top