AMDI Story

Kursus Penulisan E-mel Dan Surat Rasmi (Kompetensi Fungsian) Peringkat IPPT/PPUSMB

Published : 24 July 2024

KURSUS PENULISAN EMEL
AUDITORIUM SAINS@BERTAM, July 24 2024 -
KEPALA BATAS, 24 Julai 2024- Seksyen Pentadbiran Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) buat julung kalinya mengadakan Kursus Penulisan E-mel dan Surat Rasmi (Kompetensi Fungsian) khas kepada Staf Pelaksana (Skim N) dari IPPT dan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB).
Photo By NORIZAN ISHAK
KURSUS PENULISAN EMEL

Kursus yang berlangsung di Auditorium Sains@Bertam ini dimulakan dengan sesi yang pertama iaitu sesi Pengukuhan & Pemantapan Format E-mel dan Surat Rasmi dan diteruskan dengan sesi kedua iaitu sesi Pengukuhan & Pemantapan Tatabahasa 3 yang disampaikan oleh Puan Suhana Yusof merupakan Guru Bahasa dari Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan.
Kursus Penulisan E-mel dan Surat Rasmi diteruskan lagi dengan sesi ketiga dan terakhir iaitu sesi Pengukuhan dan Pemantapan Tatabahasa 1 dan Tatabahasa 2 yang dikendalikan oleh Guru Bahasa dari Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Puan Nur Faraliana Mohd Yusoff.

Penganjuran Kursus Penulisan E-mel dan Surat Rasmi ini adalah bertujuan untuk memperkasakan kemahiran menulis e-mel dan surat rasmi menggunakan Bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa serta gaya dan laras penulisan rasmi. Bukan itu sahaja, melalui kursus ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran staf mengenai kepentingan profesionalisme dan integriti dalam penulisan rasmi.

Seramai 44 orang peserta yang terdiri daripada Staf Pelaksana (Skim N) dari IPPT dan PPUSMB telah hadir menjayakan Kursus Penulisan E-mel dan Surat Rasmi yang berlangsung hari ini.
Hadir sama adalah Encik Zulfaizal Abdul Majid, Ketua Seksyen Pengurusan dan Puan Nur Anis Syamimi Mohammad Azmi, Pegawai Tadbir (Akademik & Antarabangsa).
Photo By NORIZAN ISHAK
KURSUS PENULISAN EMEL
Photo By NORIZAN ISHAK
KURSUS PENULISAN EMEL

Teks disediakan oleh: Nur Aqilah Tajul Ashikin
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
24 Julai 2024
Scroll to Top