Achievement

Tahniah Kumpulan IPPT Di Konvensyen KIK USM 2022

Published : 19 July 2022

Pemenang
BERTAM, July 19 2022 -

Sesi soal jawab Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) USM 2022 telah berlangsung pada 5 Julai 2022 secara atas talian bermula jam 9 pagi. Majlis diserikan dengan ucapan perasmian oleh Dato’ Dr. Musa Bin Hj. Ali, Pendafar USM.

Berikut adalah senarai kumpulan dan penarafan projek mereka oleh panel juri.

Panel juri terdiri daripada Puan Kasturi Devi a/p Appanna (Pengurus) dan Encik Ahmad Fathan Bin Abdul Rahim (Penolong Pengurus) dari Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Utara, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.


Johan membawa pulang RM4,000 berserta Piala Pusingan, Piala Iringan dan Sijil Penyertaan, sementara Naib Johan membawa pulang RM2,000 berserta Piala Pusingan, Piala Iringan dan Sijil Penyertaan.

Persembahan Terbaik dan Poster Terbaik masing-masing menerima RM1,500 dan RM500 berserta Piala Iringan dan Sijil Penyertaan.

IPPT telah diwakili oleh dua kumpulan iaitu:

Kumpulan PROTECH ADL (Unit Makmal Diagnostik Termaju) yang terdiri dari:
o Ketua Kumpulan: Encik Muhammad Amali Bin Kamarudin, Pegawai Sains
o Ahli: 
o Puan Srly Binti Saman, Juruteknologi Makmal Perubatan
o Aizat Hafifi Hafriz Bin Ahmad Sabri, Juruteknologi Makmal Perubatan
o Mohd Shah Ridzal Bin Abdul Rahman, Juruteknologi Makmal Perubatan
o Pemudahcara: Dr. Hafizuddin Bin Mohamed Fauzi, Pakar Perubatan
o Masalah yang diselesaikan: Kesukaran Dalam Melakukan Proses Verifikasi Mikropipet di Makmal Diagnostik Termaju.

Perisian ini membantu mengurangkan ralat yang dihasilkan oleh mikropipet dan juga pengendalinya. Selain itu juga, perisian ini berkebolehan dalam menganalisa data dan menjana laporan verifikasi mikropipet secara automatik.

Kumpulan UPN  (Unit Perubatan Nuklear) yang terdiri dari:
o Ketua Kumpulan: Encik Khairul Nizam Bin Jaafar (Juruteknologi Makmal Perubatan)
o Ahli: 
o Puan Farakhdina Binti Jamaludin (Pegawai Sains)
o Encik Mohd Sharqawi Bin Omar (Ketua Jururawat)
o Pemudahcara: Encik Md Hisham Bin Abd Razak (Pegawai Farmasi)
o Masalah yang diselesaikan: Pembaziran Air Osmosis Berbalik di Unit Perubatan Nuklear

Projek ini apabila dilaksanakan di seluruh IPPT dapat menjimatkan sehingga 300 liter air sehari.


Kumpulan REHAB JASMINE 2.0 (Unit Perubatan Pemulihan) yang terdiri dari:
o Ketua Kumpulan: Nur Syalsabila Binti Razali, Ketua Kumpulan (Terapis Carakerja)
o Ahli: 
o Noor Suzana Binti Shahidan, Setiausaha Teknikal (Terapis Carakerja)
o Azyyati Binti Muhamad Nor, Ketua Bahagian Pengurusan (Fisioterapis)
o Nurfarah Amirah Binti Ab Ghani, Setiausaha 1 (Terapis Carakerja)
o Rabi’atul ‘Adawiyah Binti Rasli, Setiausaha 2 (Fisioterapis)
o Norzahira Binti A. Rahman, Ketua Bahagian Kewangan (Fisioterapis)
o Amalina Binti Mat Zin, Setiausaha (Fisioterapis)
o Pemudahcara: Dr. Al Hafiz Binti Ibrahim (Pensyarah Perubatan)
o Masalah yang diselesaikan: Hanya ada satu alat penilaian dan intervensi di unit perubatan pemulihan (bahagian terapi carakerja) dan digunakan untuk pesakit stroke, dewasa dan pesakit luar sahaja.

Penyelesaian kreatif dan inovatif:
Penghasilan HEXA-T sebagai alat intervensi yg boleh digunakan bukan sahaja kepada pesakit stroke tetapi kanak-kanak berkeperluan khas, geriatrik, psikiatrik dan juga pesakit kecederaan otak traumatik bagi mempromosikan kefungsian kognitif, visual, sensori dan kemahiran motor halus. Alat HEXA-T juga boleh dimanfaatkan oleh institusi pendidikan kerajaan dan pusat terapi swasta kerana harganya  yang 60 kali lebih ekonomi dari benchmark


USM Kampus Kejuruteraan telah diwakili oleh dua kumpulan iaitu:

Kumpulan PENCETUS TRANSFORMASI (Pusat Pengajian Sains Pergigian) yang terdiri dari:
o Ketua Kumpulan: Haji Mohamed Amir Husaini Bin Abdul Hamid (Pen. Peg. Tekn. Maklumat Fa32)
o Ahli: 
o Encik Abdul Wahab Bin Zakaria (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA32)
o Encik Hamdan Bin Abdul Ghani (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA32)
o Encik Shamsul Azman Bin Ahmad (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA32)
o Encik Rahmat Bin Mat Nayan (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29)
o Puan Sharifah Shakila Binti Md Saad (Pembantu Tadbir N19)
o Pemudahcara: Puan Nurzalina Binti Nordin  (Pegawai Teknologi Maklumat F44)
o Masalah yang diselesaikan: Pembaziran elektrik dan kesukaran pengesanan kehadiran pelajar di makmal komputer PPKT, Kampus Kejuruteraan.


Kumpulan C-Near (Perpustakaan Kejuteraan) yang terdiri dari:

o Ketua Kumpulan: Suzana Binti Abdul Rahman  (Pustakawan Kanan S44 Bhg. Komunikasi Korporat & Kualiti)
o Ahli: 
o Mazainun Aini Binti Mohd Zain, Setiausaha (Pustakawan Kanan S44 Bhg. Pembangunan Koleksi) 
o Norshuhada Binti Saidin, Pengumpul Data (Pustakawan Kanan S44 Bhg. Pembangunan Koleksi)
o Junainah Binti Abu Seman, Penganalisis Data (Pustakawan Kanan S44 Bhg. Capaian Maklumat)
o Mohd Jamil Bin Kasim, Teknikal & Grafik (Pen.Peg. Sistem Maklumat Fa32 Seksyen Aplikasi, Web & Multimedia,PPKT)
o Pemudahcara: Badli Syahar Bin Bakhtier (Pustakawan Kanan S44 Bhg. Pembangunan Koleksi)
o Masalah yang diselesaikan: Kesukaran proses mengimbas buku untuk aktiviti ‘stock-take’.
Penghasilan QR-Code cepat dan mudah, dengan penggunaan pelbagai peranti, data yang tepat dan mengurangkan masa mengimbas.

USM Kampus Induk telah diwakili oleh satu kumpulan iaitu:

Kumpulan MyLeanPHS (Perpustakaan Hamzah Sendut) yang terdiri dari:
o Ketua Kumpulan: Mohd Kamal Bin Mohd Napiah (Pustakawan)
o Ahli: 
o Noor Azlinda Binti Wan Jan (Pustakawan)
o Shahreza Fadly Bin Misaridin (Pustakawan)
o Ahmad Syaufiq Bin Abd Hamid (Pustakawan)
o Mohammad Shuhaimi Bin Idris (Penolong Pustakawan)
o Hasril Fadzly Bin Hasan (Pembantu Pustakawan)
o Pemudahcara: Arinawati Binti Ayob (Pustakawan) 
o Penasihat Rugayah Binti Ali (Mantan Ketua Pustakawan)
o Masalah yang diselesaikan: Pemprosesan buku di Perpustakaan yang kurang berkesan.

Projek ini dijalankan untuk menambah baik proses sedia ada bagi memastikan bahan bacaan dapat dimanfaatkan oleh warga USM dengan sebaiknya.

Syabas dan tahniah.


Teks: Md Hisham Abd Razak
Scroll to Top