Satu taklimat dan demostrasi Laboratory Equipment & Services Information System (LESIS@USM) telah dijalankan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pn. Rafedah Abas selaku pengurus makmal sistem LESIS di peringkat IPPT. Seramai 21 orang telah mendapat penerangan mengenai sistem ini yang merangkumi staf daripada Makmal Diagnostik Berpusat (CDL), Seksyen Penyelidikan Haiwan (SPH) dan Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL).
Sejajar dengan agenda
kelestarian, taklimat dan demostrasi ini adalah untuk menyampaikan maklumat
serta informasi berkaitan sistem ini yang diterajui oleh Pejabat Pengurusan
Makmal Berpusat (PPMB), Universiti Sains Malaysia, Kampus Induk. Secara tuntas,
diharap dengan ada nya sistem LESIS ini, dapat memberi impak secara holistik dari
segi pengurusan tempahan, bayaran, data penggunaan alatan, serta data penjanaan
kewangan agar lebih mampan.