Achievement

447 Kilogram Minyak Masak Terpakai Dikitar Semula Pada Tahun 2023

Published : 26 February 2024

Pegawai Kelestarian Universiti Melawat Lokasi Penyimpanan Minyak Masak Terpakai
UNIT DIETETIK DAN PEMAKANAN, PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, December 31 2023 -

Minyak Masak Terpakai yang dikumpulkan oleh Unit Dietetik dan Pemakanan
Foto oleh Nik Norparhana Yasmin binti Nik Wel


Unit Diatetik dan Pemakanan, Pusat Perubatan USM Bertam telah berjaya membuat jualan minyak masak terpakai sebanyak 447 kilogram pada tahun 2023. Inisiatif aktiviti ini telah dijayakan oleh tiga orang staf dari unit ini iaitu Mohd Hafiz bin Ramlai, Nik Norparhana Yasmin binti Nik Wel dan Muhamad Faris Farhan bin Md Desa.


Minyak Masak Terpakai Yang Dijual Untuk Dikitar Semula
Foto Oleh Nik Norparhana Yasmin binti Nik Wel


Menurut Mohd Hafiz bin Ramlai, usaha ini perlu dilakukan bagi menyokong aktiviti kelestarian di universiti dan juga mampu memberikan pulangan pendapatan yang baik di samping dapat menjaga ekosistem alam sekitar daripada pencemaran minyak masak terpakai ini. Beliau menambah, masyarakat perlu disedarkan dengan pengurusan minyak masak terpakai dengan betul dan kelebihan mengitar semula minyak masak ini antaranya adalah boleh menambah ekonomi keluarga dan penghasilan bio-diesel daripada minyak masak terpakai sebagai bahan bakar alternatif yang lebih mesra alam sekitar.



En Mohd Hafiz bin Ramlai menunjukkan minyak masak terpakai yang disimpan untuk dikitar semula kepada En Mohamad Firdaus bin Harun, Pegawai Kelestarian Universiti di Unit Dietetik dan Pemakanan.
Foto oleh MOFIRHA.





SDG 12 - Ensure sustainable consumption and production patterns
Scroll to Top