Community

Program Pendidikan Dan Kesedaran Kanser Untuk Pelajar Sekolah Menengah Dan Universiti Berjaya Mendorong Para Pelajar Lebih Cakna Akan Penjagaan Kesihatan

Published : 16 July 2024

Cancer Educational and Awareness Programme
UITM Cawangan Pulau Pinang Bertam Dan Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT), June 26 2024 -


Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Jabatan Sains Bioperubatan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam telah menganjurkan Program Pendidikan dan Kesedaran Kanser untuk pelajar sekolah menengah dan universiti (Cancer Educational and Awareness Programme for Secondary School and University Students). Program ini telah ditaja oleh British Society for Immunology di bawah BSI Communication and Engagement grant dan mendapat sokongan Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Program ini diadakan sempena sambutan Cancer Immunotherapy Awareness dan juga Cancer Survivor pada bulan Jun.

Photo By MPRC
MSCR Talk dari NIH


Program Pendidikan dan Kesedaran Kanser ini dijalankan selama dua hari bermula 26 hingga 27 Jun 2024 yang diadakan di UiTM Kampus Bertam dan IPPT. Matlamat utama program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran awal kepada golongan masyarakat terutamanya golongan pelajar akan kepentingan saringan awal kanser, memahami gejala kanser dan memupuk minat mereka dalam bidang STEM. Program ini melibatkan 40 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas, 50 Pensyarah dan staf Universiti (USM dan UiTM) dan kira-kira 200 Pelajar Universiti (USM dan UiTM).

Photo By MPRC

Suasana aktiviti yang dijalankan

Pada hari pertama iaitu pada 26 Jun, program ceramah pendidikan diadakan di Dewan Kuliah 2, UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam yang diketuai oleh Dr. Nurulisa Zulkifle. Program dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Dr. Norfarazieda Hassan, selaku Pengerusi program. Seterusnya, ucapan oleh Profesor Madya Dr. Hasni Arsad merupakan Timbalan Pengarah (Penyelidikan & Jaringan), IPPT USM. Acara diteruskan dengan ucapan oleh Ts. Dr. Mohamad Azhar Mohd Noor, Penolong Rektor, UiTM Cawangan Pulau Pinang yang sangat menyokong dan mengalu-alukan kolaborasi antara kedua-dua institut.

Program diteruskan lagi dengan sesi ceramah berkaitan kesedaran Kanser yang disampaikan oleh Dr. Fitreena Anis Amran, Ketua Bahagian Perkhidmatan & Penyelaras EHS, PPUSMB menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Diagnosis dan rawatan kanser di PPUSMB’. Manakala, ceramah berkaitan Penyelidikan Kanser di IPPT USM disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya selaku Ketua Program Penyelidikan ‘Breast Cancer Translational Research Programme’ (BCTRP@IPPT), USM. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan sesi ceramah oleh Puan Mushitah Abu, Sukarelawan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan ceramah terakhir disampaikan oleh Puan Nur Farahin Nordin merupakan Pegawai Sains, Daftar Sel Stem Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (MSCR, IMR).  Turut hadir dalam Program Pendidikan dan Kesedaran Kanser ini adalah Dr. Muhammad Amir Yunus, Ketua Jabatan Sains Bioperubatan, IPPT, Profesor Madya Ts. Dr. Kay Dora Abdul Ghani Timbalan Rektor, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Profesor Madya Dr. Mohd Hafiz Mohd Zin, merangkap Timbalan Pengerusi program, Dr. Mohd Nadzri Mohd Najib, Ketua Program, UiTM CPP dan juga ahli-ahli jawatankuasa lain yang terlibat termasuk Dr. Nor Hazwani Ahmad dan Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin.

Photo By MPRC
Sebahagian fasilitator yang terlibat.


Program Pendidikan dan Kesedaran Kanser diteruskan lagi pada sesi petang dengan Pameran dan pertunjukan yang diketuai Dr. Siti Razila Abdul Razak. Antara pameran dan pertunjukan yang dijalankan adalah Future Scientists: Conquer Cancer, Genetic Code Geeks: Exploring the Blueprint of Life, Green Extraction and Nanotech for Carcinogen Detection, Toxicity Trails: Mapping Contaminant Sources in Our Community, Radiation Technology in Medicine, MedTech Robotics dan EduCareers in Science.

Pada hari kedua, 27 Jun, program diketuai oleh Dr. Siti Nurfatimah Shahpudin. Program ini dimulakan dengan sesi taklimat Asas Keselamatan Biologi serta Kemudahan Rumah Haiwan dan Kajian Haiwan dalam Penyelidikan Kanser yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Haiwan, IPPT. Program diteruskan dengan sesi lawatan ke makmal di mana para pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan harus mengikuti setiap stesen yang telah disediakan. Lawatan stesen pertama dijalankan di seksyen Microscope, Stesen 2 di makmal Cell Culture, Stesen 3 di makmal qRT-PCR, PCR and gel electrophoresis, Stesen 4 di makmal Flow Cytometry dan Stesen 5 di makmal Bioinformatics.

Aktiviti berkumpulan diteruskan lagi pada sesi petang yang ketuai Profesor Madya Dr. Fatanah Mohamad Suhaimi di Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB). Para pelajar SMK Kepala Batas dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan diberikan masa selama 20 minit untuk melawat ke setiap stesen. Antara stesen yang disediakan adalah di Klinik Pergigian Pakar 1 (Oral Health Matters: Get Screened, Stay Clean!), Perkarangan Bilik Mesyuarat Utama (Inspire and Create: A World of Art Awaits) dan di dalam Bilik Mesyuarat Utama (Nutrition Education Activities: Eat Right, Future Bright!) dan stesen terakhir berlangsung di Unit Rehabilitasi (Path to Recovery: Educational Visit to Rehabilitation Unit). Program petang ini juga dibantu oleh sukarelawan MAKNA.

Majlis Penutup Program Pendidikan dan Kesedaran Kanser untuk Pelajar Sekolah Menengah dan Universiti diadakan di Perkarangan Bilik Mesyuarat Utama, PPUSMB dengan disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Hasni Arsad, Timbalan Pengarah (Penyelidikan & Jaringan), IPPT USM dan seterusnya ucapan penutup majlis oleh Tuan Haji Mohamad Rafie Yaakob selaku Pengetua, SMK Kepala Batas. Sesi penyampaian hadiah dan cenderahati turut dijalankan pada akhir majlis ini.

Photo By MPRC
Suasana Program Pendidikan dan Kesedaran Kanser untuk Pelajar Sekolah Menengah dan Universiti



Hadir sama ialah ahli-ahli jawatankuasa yang lain termasuk Dr. Nurhuda Mohamad Ansor, Dr. Shafinah Ahmad Suhaimi, Dr. Hazrina Yusof Hamdani, Dr. Sharlina Mohamad, Dr. Hazwani Ahmad Yusof@Hanafi, Encik Yusmadi Norashid, Ketua Pentadbiran; Kakitangan Perubatan dan Pengurusan IPPT/PPUSMB; Guru-guru pengiring dan pentadbir kanan SMK Kepala Batas.

Program ini rata-ratanya mendapat sambutan yang menggalakkan dan maklum balas yang sangat baik daripada pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Kepala Batas yang terlibat. Jalinan kerjasama ini bakal diteruskan bagi memupuk minat pelajar kepada bidang STEM yang sejajar dengan SDG 3 (Good Health and Well-being) dan SDG 4 (Quality Education).

Teks:  Nur Aqilah Binti Tajul Ashikin
Disunting oleh: Dr. Norfarazieda Hassan  
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
27 Jun 2024

#ippt #ppusmb #usm #WeLead

https://www.facebook.com/share/VLRmnnL5n76CP7Xr/?mibextid=WC7FNe



SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
Scroll to Top