Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sepanjang tahun 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 150.7 peratus atau 39,737 kepada 66,102 kes berbanding 26,365 pada tahun 2021. Peningkatan kes dan kematian akibat denggi ketika ini perlulah diberi perhatian yang serius oleh semua pihak. Membanteras denggi adalah tanggungjawab semua. Sehubungan dengan itu , pihak Sekolah Kebangsaan Taman Ria Padang Serai Kedah, telah mempelawa PPUSMB untuk hadir memberi ceramah pendidikan kesihatan mengenai demam denggi. Selain itu, pihak PPUSMB juga mengadakan Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera Remaja Cergas dan cerdas untuk kelestarian hari esok. Program tersebut telah disertai oleh Dr. Eva Nabiha Zamri (Pensyarah bidang Kesihatan Komuniti) , Dr Rohayu Hami (Pakar Perubatan Kesihatan Jabatan Kesihatan Komuniti), Dr Mohamad Naqieb Mohammad (Pensyarah bidang kesihatan Komuniti) dan 13 orang staf dari PPUSMB menjadi fasilitator program.
Ceramah Pendidikan Kesihatan
Seramai 246 orang pelajar dari tahun 4 hingga 6 terlibat menyertai program yang berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Ria . Antara aktiviti yang dijalankan antaranya Ceramah Kesihatan iaitu Pencegahan Penyakit Demam Denggi, Kesihatan Remaja dan Katakan Taknak pada Rokok dan VAPE. Selain itu , beberapa aktiviti fizikal dan berkumpulan dijalankan bersama murid tahun 6. Murid tersebut dibahagikan kepada 10 kumpulan.Aktiviti yang dilakukan adalah seperti Teka silang kata ,crossword (Magical pen), Puzzle Funky Frame, Fish in the hole dan Lucky ball.
Aktiviti bersama pelajar
Dengan adanya program seperti ini, kualiti kesihatan kanak-kanak dan Kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dapat dipertingkatkan. Aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang bahaya merokok dan kesedaran penjagaan persekitaran untuk membanteras wabak denggi. Proses pembelajaran dan pengajaran yang mengembirakan seperti aktiviti ini, dapat mempertingkatkan lagi keupayaan kognitif dan ingin tahu. Murid -murid juga berkemahiran berfikiran secara inovatif, kreatif dan kritis.
Ceramah Pendidikan Kesihatan
Di akhir program, wakil murid telah diberi peluang untuk memberi maklum balas mengenai program yang dijalankan. Ucapan wakil murid menzahirkan penghargaan dan terima kasih , dan berharap kunjungan susulan PPUSMB lagi dengan aktiviti yang lebih menarik . Borang maklum balas juga diberikan kepada guru-guru terlibat. Hasil analisa dari borang maklum balas yang diberikan memberikan rating yang baik bagi penganjuran program seperti ini, dimana rata-rata bersetuju supaya dipelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti bersama murid.
Pemberian hadiah kepada pemenang