Community

Pasukan IPPT Dan PPUSMB Raih Hadiah Utama Dalam Pertandingan Memasak Kawah Dan Helwa Desert Contest Sempena Sambutan Ihtifal 40 Tahun Pusat Islam USM

Published : 07 November 2023

PERTANDINGAN MEMASAK KAWAH DAN HELWA DESERT
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG, November 2 2023 -
Pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Islam USM sempena Sambutan Ihtifal 40 Tahun Pusat Islam USM diadakan di perkarangan Masjid Al-Malik Khalid USM menyaksikan persaingan sengit antara 5 kumpulan yang masing-masing berentap bagi ketegori Memasak Kawah dan Helwa Desert Contest.

Pasukan Memasak Kawah IPPT yang terdiri daripada gabungan staf IPPT dan PPUSMB mempertaruhkan menu kenduri kampung dengan sajian Nasi Putih, Gulai Ayam, Ikan Masin, Ulam-ulaman, Sambal Belacan dan Sirap Selasih dengan hiasan persembahan meja bertemakan kampung berjaya menambat hati juri dengan meraih tempat Ketiga.

Ahli pasukan terdiri daripada Mohd Hafiz Ramlai selaku Ketua Pasukan, Ahmad Nizar Abd Hamid, Mohd Shariff Kassim, Mohd Faisol Ahmad Marzuki, Mohd Noor Solehhin Mehamad Yunus, Zambri Zainol, Radziyah Saaidin, Salmiah Ramli, Noorsyazana Soaid, Noor Hazifah Mat dan Nik Noramyrah Azlyn Nik Wel. Turut menyertai pertandingan Memasak Kawah adalah pasukan Kejuruteraan yang merangkul tempat Pertama, pasukan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti Induk raih tempat Kedua, Rewang Cara Kita @USM tempat Keempat, dan Pusat Islam tempat Kelima.

Manakala bagi kategori Helwa Desert Contest pula, IPPT dan PPUSMB mempertaruhkan dua pasukan yang menarik nafas lega apabila berjaya menambat hati Juri dengan merangkul tempat Pertama dan Ketiga pertandingan.Kumpulan 1 yang terdiri daripada Normadehah Mohd Rozali, Hairunnisa Mohd Yusoff, Ermarina Kamaruddin, Nor Zairina Zainal, Nur Haida Natasha Shamsuddin dan Nur Alia Afifah Zakaria menyajikan juadah Tempting Trifle Pudding, Brownies Addict dan Delightful Fruit Parfait berjaya menambat selera Juri dengan menang selesa apabila diumumkan Johan pertandingan.


Manakala Kumpulan 2 terdiri daripada Najwa Hazwani Mazli, Raja Rabiatul Adawiyah Ishak, Nurul Sharinie Osman, Nur Hafizah Hamzah dan Rozana Abd Rahim menghidangkan sajian Fruit Strudle turut berjaya menambat hati Juri dengan merangkul tempat Ketiga.

Hadir sama membantu menyediakan kelengkapan dan keperluan pertandingan adalah Ustaz Mohd Mohsin Sirun, Ustaz Hasnizar Elias dan Masli Abdul Majid.

Teks oleh:  Naziroh Shafii 
Foto oleh:  Ahmad Nizar Abd Hamid
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia


Scroll to Top