BILIK SEMINAR ARC, June 22 2023 -
Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL) telah berjaya menganjurkan satu seminar yang bertajuk “Analytical Topic” kolaborasi bersama syarikat Chemopharm Sdn Bhd. yang bertempat di Bilik Seminar ARC, IPPT.
Objektif utama seminar ini adalah untuk perkembangan dan perkongsian ilmu asas dan teori water purification system dan juga freeze dryer. Selain daripada itu, seminar ini juga turut mengadakan klinik pipet iaitu pemeriksaan kondisi pipet secara percuma bagi memastikan pipet para penyelidik dan pelajar berada dalam keadaan yang baik dan optimum.
Gambar oleh Athirah Raihanah Abdul Wahab
Sesi pemeriksaan pipet secara percuma.
Seminar ini telah disampaikan oleh Ng Chu Jin dan juga Jojo Ng Zu-Ee (Product Manager Chemopharm Sdn. Bhd.)
Seminar telah dihadiri oleh para penyelidik, staf serta pelajar pascasiswazah yang berminat untuk mempelajari jenis-jenis dan aplikasi water purification system dan proses freeze drying untuk penyelidikan mereka.
Gambar oleh Athirah Raihanah Abdul Wahab
Penerangan lebih lanjut mengenai water purification system oleh Product Manager Chemopharm Sdn Bhd semasa sesi demo.
SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development