Announcement

HEBAHAN: Karnival IPPT, USM Bersama Komuniti (Minggu Kesedaran Kanser) Sempena Majlis Pengisytiharan Rasmi IPPT Sebagai Pusat Latihan Dan Penyelidikan Antarabangsa Brachyacademy Serta Majlis Pelancaran Wakaf Pusat Komuniti IPPT

Published : 01 March 2022

Karnival IPPT, USM Bersama Komuniti
IPPT, BERTAM, March 3 2022 -
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) akan mengadakan Karnival IPPT, USM Bersama Komuniti yang bertemakan “Kenali IPPT, Dekat Di Hati”. Karnival ini diadakan bersempena dengan majlis pengisytiharan rasmi IPPT sebagai Pusat Latihan dan Penyelidikan Antarabangsa Brakiterapi (International Educational and Research Centre of Brachyacademy) oleh pihak Brachyacademy yang berpengkalan di Belanda serta majlis pelancaran Wakaf Pusat Komuniti IPPT. Di samping itu, karnival ini juga adalah untuk menarik perhatian umum masyarakat untuk datang ke IPPT.

Berikut adalah maklumat program:

Nama Program : Karnival IPPT, USM Bersama Komuniti

Tempat : Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)

Universiti Sains Malaysia, Bertam

Kepala Batas, Pulau Pinang

Tarikh : 25 Mac 2022 hingga 3 April 2022

Anggaran peserta : 1,000 orang

Untuk keterangan lanjut, sila layari

Program ini diadakan bertujuan untuk meuar-uarkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh IPPT dan merupakan acara tahunan di mana masing-masing diadakan dalam bulan Mac dan April bagi memberi kesedaran mengenai kanser selain menonjolkan IPPT sebagai pusat rujukan kanser di Utara Semenanjung Malaysia.

Sasaran peserta bagi karnival ini adalah dari staf, pelajar, pesara USM, seluruh rakyat Malaysia, bekas pesakit kanser, pesakit kanser, pelajar sekolah, kolej, universiti awam dan swasta Pulau Pinang dan anggaran peserta adalah seramai 1,000 orang. Kami juga turut mensasarkan agensi-agensi badan kerajaan termasuk juga media utama negara pada hari tersebut.

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan program yang akan diadakan..

Sebarang pertanyaan, hubungi

Puan Naziroh Binti Shafii (naziroh@usm.my) = 04-5622433
Cik Mahirah Mahyidin (mahirahmahyidin@usm.my) = 04-5622440
Puan Hasniza Amno (ahasniza@usm.my) = 04-5622221
Encik Mohd Ikhwan Bin Hashim (mohdikhwan@usm.my) = 04-5622311
Scroll to Top