Collaboration

Kursus Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) Siri 1 di IPPT Anjuran Unit OSHE IPPT

Published : 03 February 2023

Kursus OKK Nov 2022
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, BERTAM, November 22 2022 -
Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) IPPT telah menganjurkan Kursus Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) pada 22 – 24 November 2022.



Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran serta menambah pengetahuan ahli Pasukan OKK IPPT yang dilantik dikalangan staf dan pada masa yang sama kursus ini dapat memenuhi kehendak perundangan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Akta 514) dan peraturan-peraturan yang berkaitan dalam sesebuah organisasi.

Seramai 5 orang Penceramah daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan 25 orang ahli Pasukan OKK IPPT yang mewakili setiap bangunan di IPPT ini telah hadir pada ke kursus tersebut yang diadakan selama 3 hari. Kursus dijalankan secara teori dan praktikal yang merangkumi Aspek Perundangan, Asas Kebakaran, Cara Pencegahan Kebakaran dan Kaedah Pemadaman Kebakaran menggunakan Alat Pemadam Kebakaran.

 

Penganjuran kursus ini telah mendapat sokongan penuh daripada barisan Pengurusan Tertinggi IPPT dengan menggunakan peruntukan kewangan daripada IPPT sendiri. Kursus ini juga berjaya diadakan dengan mendapat kerjasama yang sangat baik dari semua staf dari pelbagai Seksyen dan Unit dari PPUSMB, ARC, Sains@Bertam, Bangunan Bio-Bahan, REHAB dan Seksyen Kejuruteraan. Pihak OSHE IPPT mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang terlibat bagi menjayakan kursus ini.

  

Nota: Pihak OSHE IPPT ingin menjemput mana-mana staf IPPT yang berminat untuk menyertai Pasukan OKK IPPT, boleh menghubungi staf OSHE IPPT melalui email OSHEIPPT@usm.my.

Ditulis oleh:

a) Norhiman bin Ahmad
Penolong Pegawai Sains
Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) IPPT

b) Maisarah Nasution binti Waras
Ketua Unit
Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) IPPT







Scroll to Top