Community

PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) OLEH UKKPU DI PPUSMB DAN IPPT

Published : 28 August 2023

Gambar 1
BERTAM, August 23 2023 -
Pemeriksaan KKP bagi menjamin pematuhan peraturan-peraturan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di IPPT telah diadakan selama 2 hari.
Pemeriksaan ini dijalankan pada setiap tahun ini merangkumi di semua kawasan di IPPT oleh pihak UKKPU Kampus Induk.

Staf UKKPU yang melaksanakan pemeriksaan di bangunan SAINS@Bertam, IPPT ini adalah 2 orang iaitu En. Rozaidee Ishak dan En. Zul Faqer Mohd dan di PPUSMB juga melibatkan 2 orang iaitu En. Mohd Reduan Selamat dan Pn. Juliana Ahmad Razali.

Selain itu, staf Unit OSHE IPPT yang mengiringi Staf UKKPU bagi menjalankan pemeriksaan KKP ialah En. Norhiman Ahmad dan En. Mohd Sharqawi Omar.

Turut hadir mewakili Seksyen Kejuruteraan ialah En. Nor Ridwan Mohamed Yusuf dan En. Mohamad Husni Abdul Aziz dan En. Muhammad Hambali Soid dari Seksyen Keselamatan IPPT.

Hasil dari pemeriksaan tersebut, tiada notis segera dikeluarkan untuk sebarang ketidakpatuhan ketara ketika pemeriksaan dan laporan terperinci pemeriksaan akan dikeluarkan dan dihantar kepada Pengarah IPPT dalam masa terdekat.

Unit OSHE IPPT mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat bg menjayakan pemeriksaan ini.


Teks: Norhiman Ahmad
Scroll to Top