Achievement

900KG Jumlah Jualan Kitar Semula Di Unit Farmasi Logistik Tahun 2023

Published : 12 March 2024

Graf Jualan Kitar Semula di Unit Farmasi Logistik PPUSMB Tahun 2023
UNIT FARMASI LOGISTIK, PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, December 31 2023 -

Puan Norazana Ramli dan En Mohamad Firdaus Harun bersama Pemilik Syarikat Bumi Kertas yang membeli kotak kitar semula di Unit Farmasi Logistik.
Photo By MOFIRHA

928kg, itulah jumlah yang berjaya dijual untuk aktiviti kitar semula di Unit Farmasi Logistik sepanjang tahun 2023. Jumlah ini melibatkan empat item kitar semula iaitu kotak (713 kg), plastik (119kg), buku (55kg) dan kertas (41kg). Usaha ini dilakukan oleh staf-staf di Unit Farmasi Logistik, Pusat Perubatan USM Bertam iaitu Puan Norazana Ramli, Puan Halita Md Diah, Puan Nurhidayati Syeema Soid, Puan Aisyahtul Izzati Aziz dan Puan Nur Hasmiza Mahadzir.


Graf Jualan Kitar Semula di Unit Farmasi Logistik PPUSMB Tahun 2023
Gambar Oleh MOFIRHA

Puan Norazana Ramli, Pegawai Farmasi di unit ini memaklumkan aktiviti kitar semula di unit ini merupakan aktiviti kelestarian yang sentiasa dilakukan setiap tahun namun begitu tiada data direkodkan. Dengan kerjasama daripada Pegawai Kelestarian Universiti, En Mohamad Firdaus Harun, kini rekod setiap jualan kitar semula telah berjaya disusun dan dikemaskini dengan baik bagi tujuan pelaporan aktiviti kelestarian khususnya di Pusat Perubatan USM Bertam dan USM.


Pekerja Syarikat Bumi Kertas menimbang kotak kitar semula.
Photo By MOFIRHA

Tambah beliau, aktiviti ini banyak memberikan implikasi positif antaranya menerapkan elemen Pejabat Hijau dalam pengurusan Stor Farmasi, penjanaan pendapatan, mengoptimumkan penggunaan ruang dan penjagaan kebersihan. Semestinya Unit Farmasi Logistik akan terus menjayakan aktiviti kelestarian ini untuk membantu USM mengekalkan tahap terbaik dalam THE Impact Ranking.


SDG 12 - Ensure sustainable consumption and production patterns
Scroll to Top