Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) harini telah menjalankan Perhimpunan Bulanan Bulan Disember 2024 dan Simbolik Penyerahan Lencana Khidmat Pelanggan peringkat PPUSMB serta Sesi Perkongsian Bersama Unit Perubatan Integritf & Unit Rekod Perubatan, Pusat Perubatan USM Bertam yang bertempat di Ruang Legar Aras 3, Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam .
Photo By NUR AQILAH TAJUL ASHIKIN
Perhimpunan Bulanan Bulan Disember 2024 dan Simbolik Penyerahan Lencana Khidmat Pelanggan peringkat PPUSMB
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan seterusnya Simbolik Penyerahan Lencana Khidmat Pelanggan kepada staf PPUSMB yang telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, Pengarah IPPT dan PPUSMB.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan sesi tazkirah pagi. “Sentosa dalam Bahagia” merupakan tajuk pilihan untuk sesi ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohsin Sirun selaku Penolong Pengarah Kanan Pusat Islam merangkap Penyelaras Unit Hal Ehwal Islam IPPT.Photo By NUR AQILAH TAJUL ASHIKIN
Perhimpunan Bulanan Bulan Disember 2024 dan Simbolik Penyerahan Lencana Khidmat Pelanggan peringkat PPUSMB
Majlis diteruskan dengan perkongsian oleh Dr. Husnida Abdul Manan@Sulong, Ketua Unit Perubatan Integratif yang memberikan maklumat aktiviti terkini unit tersebut. Sementara itu, Puan Nurul Amira Mohd Ali, Ketua Unit Pentadbiran Klinikal dan Rekod perubatan, turut menyampaikan perkembangan terkini berkaitan Unit Rekod Perubatan PPUSMB.
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para peserta yang telah menyertai Program Hiking dan Mapping Sempena Hari Diabetes Sedunia 2024 yang berlangsung pada 17 Disember lalu bertempat di Bukit Haji Yusof, Sungai Petani.
Hadir sama adalah Profesor Madya Dr. Noor Khairiah A.Karim, Timbalan Pengarah Bahagian Klinikal, Kelestarian & Piawaian; Dr. Mastura Mohd Sopian, Pengerusi Program Hari Diabetes Sedunia Peringkat IPPT/PPUSMB; Prof. Madya. Dr. Muhamad Yusri Musa dan ketua-ketua unit perkhidmatan IPPT/PPUSMB.
Teks disediakan oleh: Sharifah Fawziah Al-Gadri Syed Mahdzor
Teks disunting oleh: Nur Aqilah Tajul Ashikin & Nurul Amira Mohd Ali
Pusat Media dan Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju