Announcement

MAKLUMAN KEMUDAHAN VENDING MESIN MINUMAN DISEDIAKAN DI ARC, IPPT MULAI 1 NOVEMBER 2023

Published : 01 November 2023

Poster
IPPT, BERTAM, November 1 2023 - Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBhg. Prof./Dr/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Pihak kami ingin maklumkan bahawa Universiti telah meluluskan dan memasang 1 bilangan mesin layan diri jenis minuman panas dan sejuk di ruang legar Bangunan ARC Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju bermula 1 November 2023.

Mesin layan diri (vending machine) ini disediakan untuk kemudahan dan fasiliti terutama kepada semua staf, pelajar dan pelawat. Terdapat lebih daripada 30 jenis minuman seperti coffee, chocolate, cappuccino, mocha, teh dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk poster dan maklumat di lampiran.

Kerjasama dan sokongan tuan/puan menggunakan kemudahan mesin layan diri ini didahului dengan ucapan terima kasih.

“Mari mencuba minuman di mesin layan diri !! Selain menjimatkan masa dan tenaga untuk membeli minuman, anda juga dapat menikmatinya dengan mudah, segar dan segera.”

Sekian, terima kasih.


Pejabat Perniagaan Korporat I Corporate Business Office (CBO)
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)
Universiti Sains Malaysia Bertam
Scroll to Top