Achievement

Sekalung Tahniah – Perpustakaan IPPT Pemenang Hadiah Malaysia Invention & Innovation Expo 2022

Published : 29 April 2022

Banner
IPPT, BERTAM, May 28 2022 -

Tahniah diucapkan kepada Perpustakaan IPPT, USM yang berjaya menempatkan diri dalam senarai pemenang Malaysia Invention & Innovation Expo (MIIX) 2022 anjuran Laman Teknologi Sdn Bhd & RR T yang melabuhkan tirainya pada 28 April 2022 yang lalu.

Dalam pertandingan ini, Perpustakaan IPPT telah menghantar 2 penyertaan bagi projek inovasi pembangunan sistem dalaman atas talian  “ONSS: An Innovation Online News Submission System” dan "Innovating on Interlibrary Loan and Document Delivery Services". Kedua-dua projek inovasi ini telah memenangi pingat perak bagi kategori Senior Innovator. Tujuan sistem ini dibangunkan adalah bagi mencipta inovasi yang berlainan  dalam perkhidmatan perpustakaan kearah memberikan perkhidmatan yang berimpak tinggi kepada pengguna.

Syabas diucapkan! Semoga pengiktirafan ini dapat menjadi inspirasi untuk pencapaian yang lebih baik di masa akan datang.

Scroll to Top